Jumaat, April 30, 2010

Err.. PS3 Termasuk Dalam Peralatan Sukan Yang Boleh Dapat Rebet Cukai Pendapatan Tak?

Senyum lega nampak. Dah isi e-filing lah nie. Lega berjaya tunaikan kewajipan sebagai warganegara Malaysia.

Tapi itu cukai pendapatan. Zakat pendapatan amacam. Jangan buat-buat lupa plak.....

Khamis, April 29, 2010

Siri Perumpamaan Bersama Kawan-Kawan: Edisi Zigot

Ishhh... Pantang betul korang nie tengok awek cun. Mula la. 

Terkebil-kebil macam begedil

Isnin, April 26, 2010

Dia Takut Hujan Agaknya


Puas cuba mengelak pujuk rayunya. Akhirnya. Aku terima. Lamarannya.

Petang itu. Ada orang datang panjat bumbung rumah. Pasang piring besar, mengadap arah kiblat. 

Iya. Malam-malam kami akan ditemani Cik ASTRO. Malam yang sama piring itu dipasang, aku dah simpan angan-angan. Nak tengok bola. Nak tengok cerita itu. Cerita ini. Malam pertama memang nak tidur depan tv kalau boleh.

Malam tu. Hujan lebat. Sangat. Aku tidur bawah selimut tebal. Cik ASTRO. Entah ke mana menghilang. Kami hanya jumpa dalam mimpi.

Sabtu, April 24, 2010

Puisi Untuk Mama Husna : Catatan Potong dan Tampal Dari Facebook Azalea Husna



Ada sekeping kad. Yang kami tulis. Tapi hilang entah ke mana. Mungkin terbang dibawa angin.

Yang tinggal. Cuma mawar merah. Dan puisi ini. 


"Selamat Hari Lahir" Itulah kata yang ingin ditulis. Pada sekeping kad yang ingin dihulur hari ini. Buat mama Husna

Jumaat, April 23, 2010

Salam Buat YB.


Salam. Nama saya Rakyat. Kenal? Mungkin tidak. Ingat? Barangkali tidak juga. Tidak mengapa. Saya tidak berkecil hati. Lagipun pertemuan kita yang terakhir kira-kira 2 setengah tahun yang lalu. Dan mungkin akan berjumpa pada 2 setengah tahun akan datang. Dan pertemuan seterusnya mungkin pada setiap 5 tahun.

Tuan Yang Berhormat. Err.. betulkan gelaran yang saya berikan. Maaflah kalau tersalah. Sebab saya tahu tuan pentingkan panggilan gelaran yang tepat. Saya mungkin keliru sebab di awal pertemuan kita dahulu, tuan minta dipanggil dengan gelaran Yang Berkhidmat. Cuma akhir-akhir ini tuan selesa dengan panggilan Yang Berhormat.

Melalui tulisan ini, tidaklah saya mengharapkan apa-apa. Tidak harta. Tidak wang ringgit. Tidak lot banglo. Tidak kontrak bekalkan barang-barang. Tidak permit khas mengusahakan perniagaan.. Cuma sekadar masa sahaja (oh.. bagaimana saya boleh terlupa, masa itu emas, terutamanya masa Yang Berhormat)

Beginilah. Saya ringkaskan sahaja. Saya cuma membawa khabar dari kampung. Menyampaikan mimpi dan angan-angan yang kami pasang bertahun yang lalu. Kami pernah cuba lupakan mimpi dan angan-angan itu, tapi dalam pertemuan 2 setengah tahun yang lalu, kami diminta terus berharap pada mimpi yang sama. Ia akan jadi kenyataan. Pasti jadi kenyataan. Itu kata-kata Yang Berhormat dahulu.

Mimpi apa? Oh, maaf. Lupa saya ceritakan. Pasti mimpi kita tidak sama. Bukan mimpi melancong ke negara atas angin. Bukan mimpi memegang jawatan besar. Bukan mimpi menaiki keretammewah. Mimpi kami melihat kesejahteraan dalam kehidupan.  Mimpi melihat anak-anak tidak perlu bangun seawal jam 5 pagi. Berjalan kaki, berbasikal berbatu jauhnya ke sekolah yang beratap nipah. Mimpi melihat jalan merah diturap cantik (tapi tidaklah seperti yang diturap di pekan 2 setengah tahun lalu. Tergesa-gesa benar dibuatnya, tak sampai 6 bulan dah kembali berlubang sana sini). Mimpi melihat tiang-tiang elektrik dan telefon tercacak di depan rumah. Mimpi melihat lebih banyak perusahaan kecil yang dapat menjana pendapatan kaum ibu. Mimpi melihat pekan yang lebih bersih, tiada longkang yang tersumbat, mimpi melihat surau dibesarkan bagi menampung lebih ramai jemaah. Mimpi... wah banyak pula mimpi kami.

Maaflah. Mungkin kami sudah dibiasakan dengan bermimpi. Tapi tak salahkan kami bermimpi. Kerana pada 2 setengah tahun yang lalu, ada wakil syarikat elektrik dan telefon datang membuat banci penduduk yang ingin terangkan rumah dengan cahaya kalimantang dan punya telefon di ruang tamu. Ada kontrakor datang mengukur kelebaran jalan. Saya pasti Yang Berhormat juga masih ingat, ketika majlis pecah tanah sekolah baru. Semua yang hadir senyum riang. Anak-anak beroleh basikal baru. Golongan berusia beroleh kain pelikat sepasang buat persedian hadir ke surau yang akan dibesarkan dengan peruntukan ribuan ringgit. 

Selepas 2 setengah tahun, ia masih begitu. Jakan keluar masuk kampung masih bertanah merah. Surau semakin uzur keadaanya. Tapak sekolah baru dah jadi belukar.

Maaflah. Terpanjang pula celoteh ini. Terambil masa berharga Yang Berhormat. Saya cuma mewakili suara menyampaikan pesan. Dan rindu untuk menatap dan bersalaman dengan Yang berhormat sekali lagi. 

Oh ya... sekadar menceritakan apa kata-kata orang di sini. " iapa perlukan wakil rakyat, bila kita dah ada aduan rakyat". Iya. Hati terbakar tiada siapa yang tahu.

Terima kasih. Kerana sudi membaca celoteh ini. 

-Rakyat-

Isnin, April 19, 2010

Pencuri Hati

Aku jumpa chenta
Pada hari kau curi hatiku
Terima kasih
Wahai Pencuri Hati

Jumaat, April 16, 2010

Esok Cuti, Hari Ini Kita Menyanyi


Awek che'gu jadi guru Pandu Puteri kat sekolahnya. Setiap hari Rabu, kenalah pakai pakaian seragam Pandu Puteri. Pandu puteri nie kalau tak silap versi pengakap la bagi lelaki. Yer kan. Aku tak pasti sangat, cuma yang aku ingat masa sekolah rendah dulu, mamat pengakap selalu bercouple ngan minah pandu puteri.

Bukak cerita pengakap, teringat antara lagu pengakap yang cukup aku minat dulu-dulu. Lebih kurang cengginilah liriknya

Atas bukit ada rumput,
Rumput cantik tak pernah lihat,
Rumput atas bukit,
Rumput yang hijau...
Hey.. rumput yang hijau...

Atas rumput ada pokok,
Pokok cantik tak pernah lihat,
Pokok atas rumput,
Rumput atas bukit,
Rumput yang hijau...
Hey.. rumput yang hijau...

lalala (banyak rangkap, malas nak tulis)

Rangkap akhirnya lebih kurang macam ini, kalau kreatif leh tambah lagi

Atas jambul ada kutu,
Kutu cantek tak pernah lihat,
Kutu atas jambul,
Jambul atas burung,
Burung atas telor,Telor atas sarang,
Sarang atas daun,
Daun atas ranting,
Ranting atas dahan,
Dahan atas pokok,
Pokok atas rumput,
Rumput atas bukit,
Rumput yang hijau...
Hey.. rumput yang hijau...

Sekarang, kalau nak nyanyi kena tukar sikit lirik dia, bukit yang hijau dah tak banyak...abis semua kena gondol



Khamis, April 15, 2010

Dan Tiba-Tiba Jantung Berdegup Kencang

Entah siapa yang bagi idea pada mak. Gantungkan ular plastik di pagar keliling rumah. Untuk menghalau monyet yang sering datang bertandang tanpa diundang.

Tercalar sedikit keegoan dan sifat maskulin bila lari bertempiaran sambil terjerit "Eeeiiiooooo" tatkala melihat ulat plastik melilit pagar. Paling cepat melarikan diri en semangat. Alahai

Selasa, April 13, 2010

Rahsia Diari Biru VI: Pungguk. Hari Ini Kau Punya Kawan

Mat Bon tahu. Cintanya bagai telur dihujung tanduk. Bakal jatuh berderai. Atau barangkali embun dihujung rumpun. Entah. Mat Bon kurang pasti perumpamaan sebenarnya. Dia bukanlah pakar bahasa. Cuma sejak dilamun angau cinta, dia berjinak-jinak dengan bahasa (dan kebaikan secara tak langsung, dia menyedari keindahan Bahasa Melayu itu sendiri).

Esah. Masih begitu. Memikat tapi sukar dijerat. Belum sudi terima cinta Mat Bon. Dan belum menolaknya juga. Mungkin Esah mahu simpan. Nak lihat sejauh mana cinta Mat Bon boleh berkembang. Selama mana cinta itu boleh bertahan. Kuatkah ia menempuh cabaran.

Atau Esah. Cuba jadikan cinta Mat Bon pertaruhan. Andai cinta yang dicari Esah tidak kesampaian. Atau Esah ingin mengejar cita-cita dahulu menyebabkan dia tidak pedulikan tentang cinta. 

Pernah. Mat Bon ikut kata nasihat kawan-kawan. Berpaling dari cinta Esah. Tapi tak lama. Cinta Esah ada di mana-mana. Depan. Belakang. Utara. Selatan. Dia tidak mampu menipu diri sendiri. Kalau benar dia dipukau cinta Esah, dia rela. Angau cinta itulah yang buat dia semangat untuk bangun pagi ke kuliah. Bukan sekadar bangun tapi mandi pagi. Pakai brycream separuh tapak tangan.

Pungguk. Hari Ini Kau Punya Kawan. Beginilah maksud disebalik catatan dalam diari biru itu.

Isnin, April 12, 2010

Hujung Minggu Kami

Sabtu. Ada reunion aka gathering budak sekolah menengah dulu. SMAP Kajang SPM 1995. Begitulah tertulis dalam kalender aktiviti perancangan hujung minggu kami.


Rancangan 1.

Kami bertolak pagi-pagi. Iya, aktiviti pun dikhabarkan bermula seawal jam 9 pagi. Ramai gak yang telefon ajak berkonvoi. 


Tak jadi. Awek che'gu harus ke sekolah pula pagi itu. 

Rancangan 2.

Kami pergi tengah hari, sekembalinya awek che'gu dari sekolah. Cuma kami akan terlepas beberapa acara menarik pagi itu. Husna dihantar ke Taska terlebih dahulu pagi itu. Bolehlah aku buat persediaan apa yang patut dan kemas rumah terlebih dahulu.


Tak jadi juga. Hujan pagi itu agak lebat. Keberatan untuk kami hanatar Husna di dalam cuaca begini. Terdedah pada sejuk angin hujan. Lebih elok dibiarkan kat rumah. Sebagai papa mithali, aku boleh menjaganya.

Rancang 3.

Awek che'gu pergi sekolah dulu. Aku dan Husna akan bersiap-siap dan kami boleh bertolak segera ke PD setelah awek che'gu kembali dari sekolah. Dari sekolah, awek che'gu asyik bersms.

1. Minta mandikan Husna dengan air suam dan sapukan bedak di belakang leher ada ruam.
2.Sarapan untuk Husna, ada kokokrunch dan susu kotak dalam peti ais. Kena tambah air panas sikit.
3. Baju Husna nak pakai ke PD dah ada atas sofa. Beg pakaian dia jer belum kemas. Carikan pampers, baju singlet, lengan pendek dan panjang. Seluar bermuda dan topi. 
4. Kul 10, dah boleh kasi makan Husna makan ubat.

Kalau diikutkan sms awek che'gu, takdelah susah sangat benda yang nak kena buat pun. Tapi  perancangan itu pun tak jadi juga. Hujan. Husna dan ayahnya layan tidur sahaja sepanjang pagi itu. Ayah dan anak yang mithali.

Petang. Hanya aku sorang sahaja yang ke PD. Husna dan awek che'gu balik rumah Atok....

Rabu, April 07, 2010

Pesan Masa Pada Manusia

Kami tak pernah mencemburui kamu (seperti kata-kata pembahas bila loceng sudah berbunyi).

Tapi kamu sebenarnya yang tak pernah menghargai kami. (Dan kamu sememangnya tidak menghayati maksud surah Al-Asr)


Yang benar
-M.A.S.A

Selasa, April 06, 2010

Rahsia Diari Biru V

30 hari tanpa cinta. Hanya rindu peneman jiwa.

"Woittt... tulis apa tu"

Cepat-cepat Mat Bon tutup diari birunya. Rapat- rapat. Serapat Esah tutup pintu hatinya.

Ahad, April 04, 2010

Bersukan Sampai Demam

Kata doktor. Sukan menyihatkan. Badan juga minda. Tapi sebab sukan juga ramai yang demam.
Demam Piala Thomas. Demam Piala Dunia. Demam main guli usah cakap la. Udah kamu main tengah panas.

Hari ini. Demam F1. Ramai yang memandu laju giler. Mungkin sebab sakit perut. Atau dah terlewat ke temujanji ngan awek kamu. Iyalah, hari minggu, biasa bangun tengah hari. Kang dah kahwin, jadi ketua keluarga tak reti nak bangun pagi buka pintu rezeki.

Dah demam tu. Jangan marah-marah. Jalan kampung. Banyak lubang. Kiri dan kanan. Macam mana nak laju. Tunggu ada program Juara Rakyat dulu baru jalan tu nak berturap. Dan aku pun tak berharap wakil rakyat meninggal supaya ada pilihanraya kecil baru. Lagipun aku bawa orang tersayang. Keselamatan anak isteri yang utama. Memandu kena berhemah. Bukan bermegah.

Dan bila aku bagi peluang, potong jer lah. Tak yah usah semacam. Sebastian Vettel kalau orang lain bagi peluang cilok macam tu, malu abis. Sanggup pakai jalan lain.