Jumaat, Ogos 10, 2007

Bas

Dulu. Masa kerja kat Penang, aku selalu balik ke KL naik bas. Sekali sekala jer pandu kereta. Senang. Jimat. Lagipun aku rasa aku perlu sokong kempen guna kenderaan awam. Walaupun kadang2 atau selalnya bas lambat, tak seperti yang dijadualkan. Tak pelik pun, kapal terbang pun leh delay.

Selalunya balik malam. Asal naik bas jer, letak kepala terus lelap. Sedar2 dah sampai kat KL. Mungkin ada orang susah sikit nak tidur dalam bas. Tapi hikmat meringankan badan aku dah capai tahap tertinggi. Belum pun bas cross jambatan, aku dah lena diulit intan.

Cuma kadang2 hikmat aku kurang menjadi tatkala ada awek2 dok berdekatan. Aku akan terus tersenyum sepanjang perjalanan. Tapi tak lama juga. Pasti akan tertidur jua setelah beberapa ketika. Setelah otak dapat menggambarkan dengan jelas wajah awek2 yang manis dan periang. Dan secara tiba2 bermimpi aku belanja awek tu makan kat hentian rehat.

Suatu hari. Tak seperti selalu. Aku pulang tengah hari Sabtu. Ada kerja opis yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Maka, berkejar2an aku dan housemate selepas bunyi loceng tamat kerja tengah hari nak naik bas pulang ke KL.

Naik2 bas, dua2 terus tidur. Letih. Yang teramat. Hampir sejam kemudian, kami kembali tersedar. Dalam keadaan mamai dan terpinga2, kami cuba memikirkan kat hentian rehat mana bas nie berenti. Tak macam biasa. Hentian nie banayak tiang2 konkrit.

"Ciss..." Setelah membulatkan mata, baru sedar kami masih kat hentian bas. Rupamnya bas tu lum gerak lagi. Penumpang masih lum penuh lagi. Baru 1/3. Tokey bas tu nak kaya cepat gamaknya. Selagi tak penuh tak nak jalan. Tanpa memikirkan janji pada kami penumpang2 setia. Janji yang dimeteri pada tiket yang kami beli.

* Nampaknya hikmat meringan badan aku semakin maju.
* Teringat aku kisah tunggu bas yang dulu. Leh ulangkaji. Di sini dan sini.

17 ulasan:

  1. aku kalo dlm bas suka tido gak.. selagi tak sampai selagi tu aku tak sedar haha

    BalasPadam
  2. Hummm aku penah sekali.. Sampai kat tempat bengkel dia... Huhuhuhu

    BalasPadam
  3. hehehe...

    ~ cepat mabuk aku !

    BalasPadam
  4. hahaha

    sama jurusan la kita. Tapi bukan setakat bas saja; kereta, van, Lori tak cuba lagi, ketapi, kapalterbang ka.. semua sama. Kadang2 flight tak berangkat lagi saya dah zzzzzz... sedar-sedar dah nak landing hahahah

    BalasPadam
  5. nasib baik kau bangun masih kat situ lagi. kwn aku bangun2, sampai tempat lain, dia silap naik bas

    BalasPadam
  6. Tanpa NamaOgos 12, 2007

    nasib baik dah naik bas baru tido, kalau belum naik bas dah tertido lagi teruk! eheheh..

    *sedang bloghopping*

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,,,

    mulakan harimu dgn bismillah...

    semoga semua dpermudahkan utk kite..

    horayyy!!!!

    BalasPadam
  8. haha! sy pun suka naik bas mlm. lg syok tido ;D tau2 je dah sampai. taklah terasa letih sgt.

    BalasPadam
  9. saya naik bas dr kotaraya ke rumah pun buleh tido.. hehe.. tp seb baik x penah terlajak.. ;p

    BalasPadam
  10. menunggu tu yang tensen tu, penat je lelapkan mata

    BalasPadam
  11. lagi sekali aku hanya mampu ketawa .. hahahahahhaa

    BalasPadam
  12. kalau hikmat peringkat tertinggi, bas belum sampai lagi ko dah tido... kekeek...

    BalasPadam
  13. Ha ha ha. Aku dah bertahun tak naik bas. Kalau naik mesti jakun punya!

    BalasPadam
  14. Tanpa NamaOgos 13, 2007

    owh! tido bila naik bas mmg kesukaanku... huhu!

    BalasPadam
  15. kingbinjai:
    kamu gelakkan aku yer..sekalai aku lesing..hahahha

    lindosh:
    hobi kita sama la

    azhar ahmad:
    jenuh nak patah balik tu

    bayukk:
    kenapa leh mabuk laks

    khairyn:
    wo..kamu dah kuasai banyak seni ringankan badan kat pelbagai pengangkutan..hebat2x

    tedungS:
    hahha..kali nie aku nak gelak jugak

    sunan:
    salam dakwah

    anne:
    hati2 naik bas malam2..

    azrul angkasawan:
    penah gak..kamu angkasawan ker

    achik:
    jauh dekat semua leh tido..hehe

    mak su:
    dari meninggu baik tido

    izinni:
    jgn gelak selalu

    blackpurple:
    kamu tahu tak bas tu aper..hahha

    cik kema:
    leh wat kelab peminat tido bas nie..dah ramai dah

    BalasPadam
  16. Tanpa NamaOgos 14, 2007

    aku pon suke tido gak.. naik lompat pon bleh tido sejam dua.. hahaha..

    BalasPadam
  17. Tanpa NamaOgos 15, 2007

    bas pun mcm teksi tak cukup penumpang tak mau jalan...

    BalasPadam