Rabu, Ogos 24, 2011

Orang dapur dan petuanya


Awek che'gu sms. Minta belikan tepung jagung. Yang tin warna coklat. Ada gambar rama-rama. Wah. Ini mesti nak buat biskut raya ni. Balik kerja singgah Giant. Cari tin sedang-sedang besarnya.

Sampai rumah, aku hulur kat awek che'gu seraya bertanya, "Err... ni nak bikin samperit ker sarang semut ni"

"Eh... tak lah. Ni nak sapu ruam kat Harith jer. Besarnya awak beli. Kenapa tak ambil tin kecik jer". Giliran awek che'gu pula bertanya dan aku masih ternganga.

6 ulasan:

  1. ha ha ha...
    eh tepung jgung ye..x pernah dengar la pulak..tepung ubi adalah..

    BalasPadam
  2. lain kali tanya dulu...

    :)

    .

    BalasPadam
  3. lebihan tu bolehlah buat kek jagung.

    BalasPadam
  4. Dah siap kuih nanti antar sini ye bang kemat...

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaOgos 25, 2011

    Kempunan ler kuih semperit nampaknya

    BalasPadam
  6. tintakibod:
    tepung ubi pun femes gak dalam petua cenggini

    tasekM:
    ilmu mantik aku yang ngko ajar tak berjaya lah

    nizamsani:
    aku dah buat tat jagung

    shasha:
    nak rasa mai ler umah, err lupa kat umah ada biskut meri jer nie

    mushroomcute:
    err. ada buat samperit tak..saya datang nanti..hahah

    BalasPadam