Khamis, Januari 07, 2010

Ada Tebu Di Bibir Kamu Enche Suami

"Suami orang ni lain sikit. Mulut manis. Pandai berbicara dan mengambil hati" hujah seorang kawan. Entah berdasarkan pengalaman atau koleksi pandangan kawan-kawannya yang lain.

Dan kami mula bercerita tentang suami-suami orang. Entah cerita itu direka bagi menyerikan sesi minum petang kami atau berdasarkan pengalaman sendiri. Sebab kami pun suami-suami orang [ya, mujur tiada antara kami lupa sebahagian dari kami suami orang]. Ada cerita yag menakutkan, ada yang mengembirakan, ada yang boleh dibuat pengajaran, ada juga yang macam memuji kelebihan suami orang [dan tentunya kami bangga mendengarnya]

Aku tak pasti aku termasuk dalam lingkungan yang bermulut manis dan pandai berbicara ini. Mungkin juga. Teh O kurang manis yang selalu dipesan di kedai mamak tetap terasa manisya. Manis-manis nie bahaya juga. Jangan sampai ada yang keruh. Jangan sampai ada yang terasa hati. Mungkin aku [sebagai suami orang] perlu mengubah cara kami. Harga gula dah mahal ni. "Mamak. Teh O pahit satu"

8 ulasan:

  1. hehe..bagus juga utk elak kencing manis....kan?

    BalasPadam
  2. len kali mintak teh kosong je. takyah bubuh gula kemat.

    sayangilah keluarga anda dengan memakan gula yang sedikit. hehehe~

    BalasPadam
  3. kurangkan gula dlm minuman..

    harga gula pun sudah naik tahun ni...

    BalasPadam
  4. senyum manis pun tak apa.. :-)

    BalasPadam
  5. Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.

    ~ kan skema gitu.

    BalasPadam
  6. penting bro mulut manis nie! jom kite ambil kelas ke?

    BalasPadam
  7. "Sebab kami pun suami-suami orang [ya, mujur tiada antara kami lupa sebahagian dari kami suami orang]."
    Alhamdulillah....Sejuk hati isteri yang baca ni

    BalasPadam
  8. shasha:
    :)

    puteri kure2:
    memang sayang famili smpai satu rumah minum air suam jer

    amirul:
    "tapi masih termurah di rantau ini" kata mereka

    amyz:
    itu udah pasti

    mazudi:
    haip...

    3kays:
    kitaorang dah tak nak bermanis-manis

    simplelife:
    heheh

    BalasPadam