Rabu, November 26, 2008

Dari Rumah Sakit

"Hah. Nasi ayam. Ini kira langkah kanan nie" kata aku tatkala mula dihidangkan makanan untuk pesakit. Bukan aku yang sakit. Awek che'gu pun sebenarnya tak de lah berapa sakit. Kira secara fizikalnya dia ok. Cuma bacaan nadi dia tinggi sangat. Tak macam bacaan normal. Kata doktor, 2 kali ganda lajunya.

Lantaran itu, awek che'gu dan baby Husna terpaksa di tahan sementara doktor buat segala ujian pengesahan dan mengesan punca sebenarnya. Dari ambil darah, hinggalah ke x-ray, ecg, echocardiography test, CT scan dan segala bermacam ubat terpaksa awek che'gu telan.

Setakat ini, keputusan yang diperolehi semuanya ok. Tiada apa yang merisaukan. Sepatutunya dah boleh keluar hari nie, tapi baby Husna pulak kena kuning. Maka, berkampunglah lagi kami di hospital nie.

Dah 6 hari kami kat sini. Melihat orang di katil sebelah datang dan pergi. Aku terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital. Cuti seminggu aku nampaknya abis kat sini jelah.

Selalunya bila sesi melawat, aku pasti datang dengan makanan dari rumah. Kat hospital mana nak dapat ikan haruan. Kalau ada sup pun, ketara sangat rasa perencah dia. Maka, kami bertukar hidangan. Awek che'gu layan hidangan dari rumah, aku pulak layan hidangan disediakan hospital.

"Eh.. nie saper pulak yang sakit nie" tegur jururawat tatkala aku tengah bersila atas katil layan nasi ayam. Awek che'gu...dia lebih selesa duduk atas kerusi setelah sekian lama asyik berbaring jer.

Duduk kat hospital atau dahulunya dipanggil rumah sakit lebih membuatkan kita rasa sakit. Kami berdoa, agar segera dibenarkan pulang. Bersama-sama.

16 ulasan:

  1. Alahai kesiannya Husna. Moga Husna cepat sembuh dan dapat balik rumah. Bagi ayah dia merasa berjaga malam. huhuhu...

    BalasPadam
  2. Harap dapat keluar cepat. Sebab duduk hospital lama, tu sebab baby kena kuning. Kesian baby~

    Jaga awek che'gu baik2.. :-)

    BalasPadam
  3. huh! duduk hospital lama sebab tu kena kuning? hehehehe anak2 aku tak duduk hospital pun dok kena kuning sampai 2 bulan.

    btw ... biar duduk hospital lama sikit kalau ada yang tak kena. dari dok kena berulang-alik selalu .. lagi parah awek chegu. bentan pulak nanti. biar awak tu yang berulang ke hospital ... bukan awek dan baby. biar depa berehat betul2 ... walaupun hakikatnya memang penat duduk wad lama-lama.

    pastu ... kalau ayahnya berjaga malam pun ... yang menyusu badannya awek chegu .. bukan ayahnya! hehehhehe ... sah2 awek kena bangun gak sebab nak menyusu sang puteri. kan kan kan ...

    adehhhh .. apsal la aku malam ni. hormon tak seimbang ler ni. hehehhee

    apa2 pun kamu pasti menghargai pengalaman kelahiran ini walaupun apa pun dugaan yang kamu tempohi. sungguh! ;)

    BalasPadam
  4. moga ketiga2 selamat sejahtera dan sejahterror..

    BalasPadam
  5. tahniah kemat!
    wah..lama tak mai sini. alih2 dah dapat baby husna rupanya.
    aku doakan mereka cepat2 sembuh.
    :)

    BalasPadam
  6. Insyallah..takper bleh kuar nnti tuh.. kemat, soh awek chegu bfeed baby sekerap mungkin.. bleh cepat sembuh dari kuning..

    BalasPadam
  7. harap semuanya ok..sapa yang pilih nama Husna tu?

    BalasPadam
  8. Tahniah,
    Semoga cepat sembuh ibu n bb,
    nak kasi ilang kuning cepat senang je
    kasi susu kat bb sebanyak mungkin.sekerap mungkin.Susu awal ibu adalah yg terbaik..teruskan susu ibu.kalo susu ibu xde kasi je susu tepung byk2.InsyaAllah cepat ilang

    BalasPadam
  9. hahaha..abg kemat ngan kite sama laa..suka sgt layan makanan hospital..kadang tuh sedap gak...heheheh

    BalasPadam
  10. yer..betul tu..

    Dulu masa duk spital 2 bulan, dah tak larat lagi dah nak baring atas katil..

    Bapak U-ul yang sibuk bersila belasah lauk spital. Kita rela makan nasi ngan ikan bilis goreng je...!

    BalasPadam
  11. zmn skrg ni ramai org suke letak name anak smpai 3 pkataan..

    da dftar klahiran?..ley wat mykid skali..hehe..la ni keje ngan JPN

    BalasPadam
  12. bg baby menom susu kamben..wat ubat sakit kunen dia

    BalasPadam
  13. Semoga cepat sihat

    BalasPadam
  14. cikin:
    syukur...Husna dan mamanya dah boleh pulang

    amyz:
    baik


    izinni:
    terima kasih atas nasihat yang panjang....

    kingbinjai:
    syukur..dah tak der dah

    paiseh:
    tq

    puterikure2:
    tq

    tiara:
    sekarang totally bfeed

    zwitt:
    azalea-mamanya, husna ayahnya

    siew:
    thanks for panduan tu

    shasha:
    rugi tengok makanan tu tak bersentuh..hehe

    serindit timba:
    heheh..yang tak sakit amik kesempatan

    syida:
    oh..JPN mana..hari daftar kat kota damansara

    antalya:
    ada gak kasi 2-3 titik..tak berani nak aksi banayk sbb susu kambing panas sikit kan

    blokdrive:
    tq

    penoreh getah:
    tq

    BalasPadam