Khamis, Jun 19, 2008

Rajuk : Pasca Kenaikan Minyak

Sejak Petronas jual minyak RM2.70 seliter kat aku, selalu jugaklah aku marah-marahkan kereta hitam aku. Tak tahu nak ubah gaya hidup langsung. Kalau dahulu seminggu paling kurang RM50 gak la dia mintak belanja petrol, sekarang makin lebih pulak. Tak reti nak berjimat cermat.

Pemimpin dah kata, hujung minggu Sabtu dan Ahad, duduk kat rumah jer. Tapi kereta hitam aku tak reti nak duduk diam. Kejap-kejap balik jenguk rumah mak. Pastu rumah mak mertua. Kalau tak pergi menunaikan jemputan kenduri kahwin, mesti keluar pergi beli barang dapur ataupun jumpa rakan dan saudara mara.

Mana aku tak marah. Dah berminggu agaknya dia pendam perasaan. Yelah, dulu dia bini no 1. Sekarang asyik berdebu. Hari ini dia merajuk lagi. Pagi-pagi dah tak leh start. Aiseh.

Pagi nie. Aku naik komuter aje gi opis (minggu nie dah 2 kali aku ulang alik opis naik komuter). Hmmm.. sesak juga. Walau jam baru 6.45 pagi, orang dah ramai kat stesen komuter. Termasuk 2 awek cun kat opis aku. Terkejut agaknya tiba-tiba tengok aku muncul naik komuter sama-sama ngan depa sekali. Mereka senyum malu-malu.

Esok cutilah. Rehatkan fikiran sambill tengokkan kereta aku tu. Harap-harap rajuknya tak menipiskan poket aku.

15 ulasan:

  1. aku terperasan jalan raya yang aku lalu setiap hari..
    sekarang sudah kurang sesaknya setiap pagi..
    mungkin pak mad sudah berjaya ubah cari hidup rakyat..

    BalasPadam
  2. Dibuat rajuknya menipiskan lagi poket kamu hahaha!

    Dia merajuk sekadar membantu cik kemat mengubah gaya hidup tuuu..

    Sabaq noo...

    BalasPadam
  3. kereta saya memerlukan rm110 agaknya untuk memenuhkan perutnya.

    saya tertekan. huhuhu~

    BalasPadam
  4. aku syak bateri yg merajuk tu bro... biasa la tu... esok2 tayar plak merajuk... minyak hitam plak merajuk... nak mintak perhatian... heh..

    aku asik dok pikir... apalah yg aku nk ubah... tak de yg mewah pun...

    alahai...

    BalasPadam
  5. sib baik leh naik komuter..

    BalasPadam
  6. Byk jasa dan pengorbanan dia kat en. kemat tu. Agaknya 'dia' nak dibelai-belai mcm dulu la tu.

    BalasPadam
  7. woo, sy terpaksa balik naik bus.. he he. Walau tak drive sebelum nih pun.. he he.

    BalasPadam
  8. woo, sy terpaksa balik naik bus.. he he. Walau tak drive sebelum nih pun.. he he.

    BalasPadam
  9. sesekali travel ngan public transport seronok kan.rasa muda kembali ihiks.
    keta itam sy nye kes lg haru tau incik kemat.uwaaaaa

    BalasPadam
  10. moga rajuknya tak panjang...
    kasik spot rim baru mesti ok!

    BalasPadam
  11. aku sekarang bau minyak goreng tak leh,,, alah bau sbb pregnant kan,,, hihihi apa da....

    BalasPadam
  12. terimaLAH dgn hati terbuka :D

    BalasPadam
  13. Entri ini sangat menghibur ;)

    Seronok sekali-sekala naik komuter atau LRT. Dapat perhati gelagat manusia yang rencam.

    Salam :)

    BalasPadam
  14. isk kau ni bukan salah dia...

    BalasPadam
  15. penoreh getah:
    aha..betul la..jln sedikit lengang

    waterlily:
    huhu

    puterikurekure:
    saya tertekan..kami, kita semua tertekan

    tasik merah:
    bateri salah satu puncanya

    tiara:
    syok wo naik komuter

    gdiz:
    aha..cemburu dah dia

    bluecherry:
    dah lama berubah ek..

    antalya:
    tumpang sedih pasal kereta kamu

    cikin:
    janagn cakap kuat2, nanti dia dengar

    nasazfrog:
    hubby jd tukang masak kah sekarang

    13may:
    :(

    bunga rampai:
    seronok dgn komen kamu

    kingbinjai:
    janji ada orang leh marah..hehe

    BalasPadam