Selasa, Jun 03, 2008

Ini Bukan Cerita Pasal Tali Pinggang Keledar

“Kita jumpa jam 12 kat gerai cendol luar simpang tu” ada sorang buat keputusan. Dia umpama ketua antara kami.

“Tak awal sangat ker. Pengantin jam 1 baru sampai” tanya yang lain pula.

“Ok ler tu. Korang semua kalau cakap jam 1, kul 2 baru masing-masing nampak batang hidung” kata dia yang seumpama ketua antara kami.

“Oo.. kira pukul 1 la nie” kata aku mengakhiri perbualan.

Dulu. Masa bujang. Kalau kami ingin ke majlis kenduri kahwin kawan-kawan, pasti kami bergerak secara rombongan. Jarang-jarang pergi kenduri sorang-sorang. Masa mula-mula kerja, kebanyakannya masih menggunakan motor lagi. Antara harta yang diwarisi dari zaman bergelar siswa universiti. Kami akan berkumpul kat mana-mana tempat yang senang dalam jarak 1 km dari rumah kenduri. Orang bujang macam kami (dulu la..) cukup seronok pergi kenduri kahwin nie. Selain dapat makan free, ada peluang tengok anak dara melaram. Masing-masing sibuk cari jodoh kat sini. Tapi strategi datang ramai-ramai tak membantu sebenarnya. Yelah...bila bunga hanya sekuntum, kumbang pula berekor-ekor.

Bila dah ada yang berkereta. Status kami pun dah up sikit. Tak main la merempit. Mengamalkan seruan Kerajaan untuk berkongsi kereta, kami naik ramai-ramai. Kancil kadang-kadang pun boleh muat sampai 6 orang. Lagipun kami masing-masing tengah berjimat cermat nak kumpul duit hantaran. Mana tahan asyik tengok member jer kat atas pelamin. Minyak dan tol semua kena bayar kongsi-kongsi.

Bila naik kereta ramai-ramai, aku paling suka duduk kat belakang (kecuali kereta aku punya sendiri la). Kalau dok depan jadi co-pilot, kamu akan dipertanggungjawabkan membaca peta mencari jalan. Kalau tersalah lorong tersilap jalan, pedaslah kena kutuk dengan penumpang-penumpang lain (pelik pulak, driver jarang-jarang marah, mungkin kene beri tumpuan pada pemanduan). Juga yang aku tak suka duduk depan kena pakai tali pinggang keledar. Memanglah untuk keselamatan. Tapi anak muda bujang tak rasa cool jika duduk dalam kereta elok-elok pakai tali pinggang keledar.

Sekarang. Kamu naik depan atau belakang. Kena pakai tali pinggang keledar juga. Tak percaya. Baca kat sini. Juga sini. Kat sini pun ada.

17 ulasan:

  1. Tanpa NamaJun 03, 2008

    aku seorang co-pilot yg berhemat kerana aku suka pakai tali pinggang keledar. heheheh..

    BalasPadam
  2. naik teksi kalau dok nelakang kena pakai tak?

    BalasPadam
  3. Huhu..

    Nasib baek dorang tak arahkan penumpang wajib pakai helmet sekalikan..?
    Mesti nampak macam astronot di daratan je semua kan :))

    BalasPadam
  4. pakai tali pinggang pun..kalo bawa mcm lipas kudung sama gak kan kan kan?? patutnya sumer keta hadkan kelajuan smpai 80 jer.. tekan minyak smpai abih pun x leh pi laju

    BalasPadam
  5. Kalau dah 4 org duk belakang, camne ek nak pakai tali pinggang keledar.

    Saya tak suka g kenduri kawen!

    BalasPadam
  6. Kena pakai 2 talipinggang. 1 talipinggang keledar. 1 talipinggang seluar.

    BalasPadam
  7. skrg lg kerap ler berpoolcar ya

    BalasPadam
  8. Tanpa NamaJun 06, 2008

    pakai seatbelt tu baik utk kesihatan.hehe..

    BalasPadam
  9. tali pinggang menyelamatkan adik saya dari terhentam teruk masa kemalangan..

    tali pinggan dan air-bag menyelamatkan kawan saya yang sedang 7 bulan sarat mengandung(tapi masih lagi memandu sebab husband dia away outstation) ketika kemalangan bersiri (7 kereta)...

    jadi pakai lah tali pinggan keledar utk keselamatan anda..hehe

    BalasPadam
  10. Ni bukan komen tali pinggang tapi nak komen entry yg lepas...
    Dah setahun ke? biar betul.. baru lagi tengok kad jemputan kemat dalam blog ni. masih ternampak gambar kaki bersetokin hitam berseluar putih mula nak melangkah turun tangga.
    Masa berlalu begitu pantas, baru isi minyak RM10 naik setakuk, dah plak tak berapa jelas naiknya.. takuk E ke atas skit E ke..

    BalasPadam
  11. ini cerita kenduri kendara la ni,yea...

    tapi saya nak cerita ttg seat belt jugak. kat UK ni, undang2 penumpang seat belakang kena pakai tali pinggang ni dah lama digunapakai, dan sungguh ketat penguatkuasaannye.

    BalasPadam
  12. iyup, berkuatkuasa 1 Jan 2009.

    saya selalu melihat didalam cerita ceriti filem mat salleh atau korea atau jepun, kalau mama atau papanya memandu, anaknya pakai seatbelt di belakang. Walaupun tempat duduk hadapan kosong, tetap juga diletak dibelakang. Ianya bagus.

    BalasPadam
  13. musim org kawin..ahakss..bila accident ari tuh..sgt bersyukur sbb tak penah lupa seat belt bila naik kete...

    BalasPadam
  14. dulu aku suka pakai tali pinggang keledar tu, tapi skang aku tak suka. napa ntah. mungkin kerana kerajaan suruh kot!

    BalasPadam
  15. cikin:
    bagus...bagus.. baik budak cikin nie

    ah tok:
    kena la...

    akirasuri:
    merasa gak cam angkasawan

    13 may:
    :)

    tiara:
    kesian la yg beli subaru impreza tu, setakat kancil pun leh layan

    bayan:
    tapi bila dijemput kene pergi tau

    naga:
    pompuan sama gak ker

    maksu:
    aha

    aku chomel:
    banyak pengajaran bagi yang pernah alami

    penyubiru:
    sehat buah pinggang ek..hehe

    makcik anne:
    cepat masa berlalu kan

    cikgu zue:
    berkesan tak

    ted:
    kita tgk ramai tak ikut peraturan nie

    shasha:
    ingatlah orang tersayang

    kingbinjai:
    :)

    BalasPadam
  16. xmau pakai tali pinggang kat blakang..

    BalasPadam