Khamis, Mac 06, 2008

Satu Pertemuan

Tiba-tiba sahaja dia berada di sebelah aku. Entah dari mana datangnya. Tak pula aku pasti. Sambil tersenyum, dihulurkan tangan. Tanda persahabatan. Riak wajahnya yang lembut dan penuh kemesraan buatkan aku sedikit kaget dan kehairanan. Mungkinkah dia saudara atau kenalan lama. Aku seakan kenali wajah itu.

Salamnya bersambut. Dan dia berlalu selepas itu. Meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. Sehinggalah rakannya dibelakang menghulurkan sesuatu untuk aku. “Jangan lupa yer bang” katanya penuh pengharapan.

Oh… patutlah macam pernah kelihatan. Wajah inilah yang tergantung di antara tiang lampu jalan, mnghiasi persimpangan jalan dan lampu isyarat. Tak sangka. Bersua kami di sini. Di pasar malam. Yang jelas bukan tempat ‘permainannya’.

Aku tekad. Undi aku. Untuk PAS. Muktamad.

18 ulasan:

  1. hu...undi anda rahsia..laaaa :p

    BalasPadam
  2. Ahahahhaha, tak apa... Janji tunaikan kewajipan...

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaMac 06, 2008

    Selamat mengundi bro.

    Allahuakbar!

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaMac 06, 2008

    dah dapat persetujuan ketua jabatan?

    hehehe..

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaMac 07, 2008

    TAKKKBBIIIRRRR

    BalasPadam
  6. Tanpa NamaMac 07, 2008

    selamat mengundi...semoga kita diberikan kesihatan yang baik esok hari....

    BalasPadam
  7. undi rahsia ler..cik abang oi eekekekeee

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah ada perubahan. Dari 1 sekarang 5 di bawah BA hehehehe

    undi kita tidak pernah rahsia. Ada no siri.

    BalasPadam
  9. tahniah, mereka gagal perolehi 2/3 kerusi.

    BalasPadam
  10. wah..
    kau terlalu "telus", bang..

    ha ha.

    TAKBIRRR!!

    BalasPadam
  11. Tanpa NamaMac 10, 2008

    JOM UBAH

    sekarang dah UBAH kan?

    1. aku cadangkan kerajaan yang berkuasa sekarang menarik kembali subsidi dari segala segi….baik petrol, gas, tol dan segalanya… malaysia ada 2 kerajaan negeri kebajikan…moh mintak pada mereka subsidi sebelum nih …bleh bagi punyer…

    2. mahasiswa yang tak bekerja.. steady la duduk rumah la jom.. nanti bleh claim kot rm6K kat penang atau mungkin kat perak..

    3. student yang dapat loan yayasan perak dan penang pun bleh pakat buat surat mohon di kecualikan bayaran.. pehhh untung tuh..itu janji mereka pada komer!!!MINTAKLA kalau tak ubah balik!!..heheh

    4. kalau ptptn mintak rm200sebulan pun ok lagi apa. RM 200 X 12 = RM 2.4K ada banyak balance tuh…. gelombang nih menguntungkan rakyat!!!

    JOM MINTAK

    BalasPadam
  12. hish.. ko takleh simpan rahsia sungguh. ekeke...

    err.. kalau kerajaan nak tarik balik semua sabsidi.. tulung la bagi kad diskaun untuk ahli mereka ya.. kesian nanti...

    BalasPadam
  13. si pembantu bush bagi ko apa wei?

    BalasPadam
  14. Tanpa NamaMac 13, 2008

    jgn dok biar menang sorak kg tergadai

    kita dahulu sekarang kita
    temasik dulu sekarang SingaPura
    jgnlah P.Pinang dulu skrg PinengPura


    Mengapa kau bermenung
    Oh adik berhati binggung
    Mengapa kau bermenung
    Oh adik berhati binggung
    Lupakan saja asmara
    Pada asmara...
    Lupakan saja asmara
    Pada asmara...
    *lirik lagu seroja utk renungan

    BalasPadam
  15. adakah anda sudah berpuas hati..ekeke.jom tgk depa tunaikan janji..lepas ni save balik kg kot..lalu 3 negeri pemerintah baru. Perak. P.Pinang Sampai Kedah.tol tarak..minyak murah..:D

    BalasPadam