Isnin, Mac 03, 2008

Pemandu Teksi : satu analogi

Kamu. Pemandu teksi. Yang berhemah dan penuh dedikasi. Keluar rumah sebelum timbulnya mentari pagi, pulang bekerja di awal pagi. Segala keringat kamu perah, hasilnya kamu tadah. Walau dengan membawa teksi, kamu berjaya menyara hidup kamu dan keluarga dengan penuh bererti. Segalanya cukup.

Suatu hari. Entah nasib malang apa yang melanda. Kamu dirompak di akhir perjalanan kamu pulang ke rumah. Wang dan teksi kamu jadi pertukaran pada nyawa yang dipertaruhkan. Kamu hilang segalanya dalam satu malam.

Perompak yang seronok mengaut untung di tengah jalan dengan cara yang paling senang cuba menunjukkan belas kasihan. Walaupun perompak, kononnya dia masih punyai belas ehsan.Wang sepuloh ringgit diberikan. Untuk kamu. Buat tambang pulang.

Kamu. Pemandu teksi. Yang berhemah dan penuh dedikasi. Mengalir air mata. Bukan kesedihan. Tapi kegembiraan. Kerana budi pekerti perompak yang sudi menghadiahkan. Sepuluh ringgit untuk kamu pulang.

Kerana sepuluh ringgit, perbuatannya merompak teksi dan wang pendapatan seharian dimaafkan.
*entri ini adalah gubahan dengan gaya penulisan sendiri dari penceritaan orang atas orang. Sehingga entri ini ditulis, aku dimaklumkan ideanya dari arwah Y.B. Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor.

13 ulasan:

  1. Tanpa NamaMac 03, 2008

    lompat-lompat kemudian smpai sini.
    selamat pagi isnin untuk kamu. :)

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaMac 03, 2008

    Mungkin juga itu nilai yang terbaik yang boleh pemandu teksi itu lakukan. Bukan memafkan si perompak, tetapi bersyukur kerana masih panjang umur. Juga memaafkan sambil berdoa agar si perompak insaf.

    BalasPadam
  3. Hummm... saya setuju kata puan bayan....

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaMac 03, 2008

    moral of the story:

    realiti yang sama dalam negara..

    kain pelikat dan duit yang x seberapa musim pilihanraya ini melupakan kita tentang harta negara yang dirompak!!

    BalasPadam
  5. gila dalam maksud kata-kata ko tu kematttt...



    dan majoriti orang mesia macam pemandu teksi tu..:(

    Maaf boleh maaf... tapi jangan bagi mereka rompak lagi.

    BalasPadam
  6. Tanpa NamaMac 04, 2008

    Aduh!

    Terkesima

    BalasPadam
  7. Tanpa NamaMac 04, 2008

    ni macam kes fasha sanda hilang kucing, lepas tu kucing dia dipulangkan jer....DAYAT

    BalasPadam
  8. oooooo, ada maksud tersirat rupanya..

    BalasPadam
  9. Tak suka pemandu yang tak guna meter. Komen ini satu analogi juga. :)

    BalasPadam
  10. Woah!
    metafora yang sinikal.
    terkesima..
    he he he..

    Apa khabar incet kemat dan zaujah :)

    BalasPadam
  11. rena:
    hati2 melompat....

    puterikurekure:
    :(

    bayan:
    :)

    azhar ahmad:
    kamu juga

    anonymous:
    terima kasih kerana menjelaskan

    lan rambai:
    bukan cerita aku, asalnya dari orang lain, tulis dgn gaya aku jer

    chentahati:
    lalu bagaimana

    Dayat:
    kamu orang johor kan

    peepa:
    tersirat di sebalik yang tersurat

    jowopinter:
    yap

    akirasuri:
    sihat...

    BalasPadam
  12. Tanpa NamaMac 06, 2008

    saya lebih suka menaiki bas.
    kosnya lebih murah.

    BalasPadam