Isnin, Februari 25, 2008

Musim Mengundi Datang Lagi

Musim mengundi datang lagi.
Ada orang janji macam-macam
Nak lebarkan jalan, bina jambatan
Satu sekolah satu taman
Satu kampong satu produk pertanian
Yang mendengar seronok bertepuk tangan.

Ada yang memaki, mengutuk pihak lawan.
Di tabur fitnah, dibongkarkan kisah silam
Yang buruk, yang salah semua diceritakan
Yang mendengar rasa marah dan geram

Suratkhabar dari muka depan sampai belakang.
Berita dari pagi sampai malam
Radio dari mula sampai tamat siaran
Alkisahnya tentang pilihanraya
Benar atau salah kamu sendiri fikirkan

Di kedai kopi masing-masing punya cerita
Tentang calon-calon pilihan raya
Tak cukup pasal kerjaya, timbul juga hal rumahtangga
Bukan setakat diri sendiri dan sedara mara
Kenalan rapat turut jadi bahan umpatan

Undi kita adalah rahsia
Maka jangan ditanya kami undi siapa
Beri gula beri kain kami terima
Nak pangkah nanti lain punya cerita
Yang pasti kami tahu nak pilih siapa

Seronoknya musim mengundi
Yang datang lima tahun sekali
Pakat-pakat balik kampong
Kita pangkah mereka yang betul
Yang betul-betul ikhlas nak menolong
Bukan yang nak mengaut untung

Gelanggang sudah dibuka
Kita tengok langkah siapa yang sempurna
Lenggok siapa yang sumbang sini sana

16 ulasan:

  1. kita tengok borak sapa lagiiii lantang

    BalasPadam
  2. ahah,,sonok sungguh bila musim mengundi..pak aji, tok lebai, dato'2..bukan main petah caci, maki hamun semua tak kira dah, lebai letak sebelah dulu kot..daaaa..

    BalasPadam
  3. mengundi? dari aku undi barsan barisan nasional, lagi bermanfaat aku baca masuk barisan. tahniah. salam pena.

    BalasPadam
  4. Kamu bila lagi mahu menjadi calon?

    BalasPadam
  5. Selamat mengundi!:D

    p/s: jgn jeles, saya dpt 50hengget, balik Kedah ngundi.. wahahah

    BalasPadam
  6. yang jadi pelakon cctv
    kali ini kenalah gigit jari
    tapi kalau bertanding lagi
    mungkin ramai juga yang beri undi

    BalasPadam
  7. sane sini blog ade pantun pilihanraya
    :D

    BalasPadam
  8. QUOTES:
    "Suratkhabar dari muka depan sampai belakang.
    Berita dari pagi sampai malam
    Radio dari mula sampai tamat siaran
    Alkisahnya tentang pilihanraya
    Benar atau salah kamu sendiri fikirkan"

    *hanya liputan satu pihak sahaja.. ini demokrasi bagi mereka (Barang Naik)

    **wani..apa sgt rm 50! jgn lupa ada kroni yang akan / dah dapat RM 50 j. undila dgn bijak!!!!

    LU PIKIRRR LA SENDIRI..

    BalasPadam
  9. Undilah Barisannnnnnnnnnnnnnnnnnn....





    ALTERNATIVE!!!!!!!!

    BalasPadam
  10. naik biul kepala melihat,mendengar & membaca pasal pilihanraye..cam takde ceta lain dah..

    BalasPadam
  11. kalau xmo mengundi bleh tak eh?

    BalasPadam
  12. mama pon x mo ngundi,malas ar..

    BalasPadam
  13. salam ziarah..

    marilah kita lihat siapa yg kenaaa

    BalasPadam
  14. maksu:
    ya..ya..mari..mari...

    gdiz:
    hoho

    amer zaman:
    salam pena. baca masuk barisan baik untuk kesihatan

    azhar:
    tak teringin

    wani:
    bila pulang..pastiakn bijak dalam buat pilihan..

    zizie ali:
    hehhe

    nanonano:
    tambah kemeriahan pilihanraya

    anonymous:
    aku percaya kita tahu siapa yang perlu kita undi sebenarnya..bukan wang dan pemberian jadi ukuran

    lan rambai:
    treasure hunt amacam..

    jowopinter:
    waha...

    risanur:
    nama pun musim pilihanraya

    cikin:
    jangan rugikan peluang yang ada

    mma ranggie:
    mam kene jadi contoh..jgn macam tu

    kawaii desu:
    tak sabar nak tunggu keputusannya

    kingbinjai:
    kamu tahu ker..hhehe

    BalasPadam