Jumaat, Februari 15, 2008

14hb Februari

Semalam 14hb Februari 2008.

Wak Deraman yang baru balik dari surau menjerit-jerit memanggil nama isteri kesayangannya. Isteri muda. Wak Deraman kahwin lain setelah kematian isteri pertamanya. Anak-anaknya yang bergaji besar di Kolumpo tiada yang ingin pulang ke kampung menjaganya. Maka mereka carikan isteri baru untuk menjaga makan minum Wak Deraman.

Kata orang-orang kampong, Wak Deraman untung. Dapat bini muda. Anak dara lagi. Dengar khabar bini mudanya itu orang bandar. Walaupun bukan anak orang kaya, tapi tetap dibesarkan dengan kehidupan bandar. Walaupun bini mudanya beriya-iya mengatakan sanggup hidup di kampung, tetapi gaya kehidupannya sedikit sebanyak mengikut adat resam orang bandar.

Tak salah pun. Membawa pembaharuan. Yang penting mereka bahagia. Kalau dahulu rumah Wak Deraman cuma ada tivi 17 inci, sekarang dah bertukar ke 29 inci. Siap ngan DVD player dan Astro sekali.

“Limah…Limah… mana kamu pergi nie”, Wak Deraman marah-marah. Bini yang dicari tak muncul-muncul lagi.

“Nie..apa bunga-bunga ros dan coklat nie. Awak nak sambut Valentine ker…. Kita orang Islam maner leh sambut Valentine nie” marah Wak Deraman bila bininya muncul dengan baju tidur warna merah sambil menunjukkan sejambak bunga dan coklat atas meja depan tivi. Wak Deraman tahu pasal Hari Valentine. Dia baca kat surat khabar dan tengok kat tivi.

“Saper pulak yang sambut Valentine. Malam nie kan malam Jumaat”

Malam tadi. Malam Jumaat. 14hb Februari 2008. Wak Deraman tidur sorang kat depan tivi. Bini mudanya merajuk, kunci pintu bilik.

14 ulasan:

  1. itu pun belentain dei gak ke

    BalasPadam
  2. salam,

    wak deraman tidur bertemankan tibi kat depan je la..

    kesian..
    (",)

    BalasPadam
  3. aku tak paham.
    aku belum kahwin lagi.

    BalasPadam
  4. salam ziarah ;)
    series xbape phm cite ni.huhu

    BalasPadam
  5. owhhh...kisahnye...;))

    BalasPadam
  6. psstttt....rugilah merajuk2 malam jumaat..lalala

    BalasPadam
  7. hairieusoff:
    tak dapat dipastikan

    bang gugar:
    wak deraman tak pikir panjang sebelum marah

    neeziee:
    :)

    azhar:
    haha

    koala:
    kene fikir lama sikit

    cinta;
    gitulah..

    gdiz:
    nakal

    13may:
    pengajaran

    puterikure2:
    shhh....

    BalasPadam
  8. hahaha padan muka eksen sangat!

    BalasPadam
  9. hahahah..padan muka. :lol:

    BalasPadam
  10. hahahaha. lawak gile aaah~~

    BalasPadam
  11. haha
    Wak Deraman 'cuti' la malam jumaat tu ek

    BalasPadam