Rabu, Januari 02, 2008

Azam & Mimpi

3 hari kami berkampung. Membincangkan pencapaian 2007. Dan sasaran kerja 2008. Sabtu tengah hari. Baru dapat dibuat rumusan. Tentang segala yang dibincangkan.

Lega. Selesai satu perkara. Kecewa. Tugasan ini meragut peluang aku untuk hadir dan beramah mesra di majlis perhimpunan hala GEJU. Macam Lebai Malang, aku sampai tika mereka sibuk berkemas mahu pulang.

Sasaran pencapaian ofis telah sama-sama kami bentukkan. Selepas ini, sama-sama bekerja ke arah matlamat yang digariskan. Berjaya aatau tidak, penghujung 2008 akan membongkarkan.

“Kamu. Dah ada azam baru. Untuk 2008” Tanya salah seorang dari mereka. Soalan tipikal di penghujung & permulaan tahun.


Aku Cuma senyum. Tiada jawapan. Kerana dalam fikiran sendiri bermain seribu pertanyaan. Kebelakangan ini, terlalu sibuk untuk berfikir tentang nasib diri sendiri. Apakah keutamaan aku tahun depan. Apakah impian yang ingin dijelmakan sebagai kenyataan. Azam apa untuk diri, keluarga, agama, masyarakat, bangsa, negara. Entah.

Pelikkan. Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu apa yang diinginkan. Punyai kereta, ingin pula menaiki motosikal ke tempat kerja. Jentera beroda dua yang mampu mencelah-celah dalam kesesakan untuk kita tiba sebelum warnanya merah. Bila hujan, terkenangkan untungnya mereka yang berkereta. Tak perlu menumpang teduh di bawah jambatan.

Selalunya, aku ciptakan azam dan kemudian aku mimpikan bagaima ia akan terlaksana. Kali ini, biarlah aku mimpikan dahulu azam yang ingin digapai. baru difikrkan cara melaksanakannya. Bolehkan.

Aku akan berkampung lagi. 3 hari. Dengan harapan Sabtu tengah hari nanti. Dapat dirumuskan. Hasil perbincangan. Bukan tentang aku.

Mari. Sama-sama bermimpi. Tentang hari-hari indah. Esok. Lusa. Selamanya.

17 ulasan:

  1. Salam tahun baru incet kemat..

    Mari berangan-angan untuk keindahan hari esok lusa dan seterusnya ;]

    BalasPadam
  2. selamat tahun baru!

    saya berazam nak bayar ptptn setiap bulan. hohohohoho!

    BalasPadam
  3. selamat tahun baru kemat.

    tersentuhnya ayat2 terakhir tu...:)

    BalasPadam
  4. Selamat tahun baru :)
    Seumur hidup aku, tak pernah sekalipun aku buat azam tahun baru.
    Dan aku tak mahu memulakannya tahun ini.

    BalasPadam
  5. selamat thn baru en kemat.. :)

    BalasPadam
  6. Mimpi yang indah2.... Kerana kita perlukan ia, disebabkan hiudp tak seindah mimpi....

    BalasPadam
  7. jgn lupa mengundi incik kemat :D

    BalasPadam
  8. semoga mendapat mimpi yg indah...

    BalasPadam
  9. selamat tahun baru kemat...azam saya nak kumpul duit byk2 jadi org kaya...hikss..bole tak?

    BalasPadam
  10. Semua orang kena bermimpi, nanti dia akan plan untuk capai mimpi dia.

    Aku pun tak pandai berazam. Sekadar menghadapi apa yg mendatang dengan kaedah yang terbaik.

    BalasPadam
  11. happy new year.. kemat and awek chequ..

    saya pun takder azam..

    BalasPadam
  12. Salam Tahun Baru 2008 juga Salam Hijrah 1429.

    Seperti biasa, azam baru tiada kerana azam sering timbul di celah-celah keperitan hidup. Jadi, saya lebih suka bermimpi. Yang indah-indah saja.

    Moga yang indah-indah saja diberiNya untukmu tahun ini :-)

    BalasPadam
  13. azam jelah, capai nya belum tentu...hehehee....

    salam tahun baru...

    BalasPadam
  14. Maal Hijrah akan datang...

    BalasPadam
  15. akirsuri:
    jom

    kurekuredlmperahu:
    jgn lupe ek..ramai lagi nak pakia duit ptptn nie

    skidg8:
    :)

    mudin001:
    tunggu tahun hijrah ek

    achik:
    selamaaaa..t

    azhar:
    aha

    13may:
    kamu pun dah tahu tarikh pilihanraya..mcam 'dia'

    mama ranggie:
    harap2nya

    maksu:
    sila..sila

    shahsa:
    akhir tahun nie kamu dah jadi org kaya la nampaknya

    mazudi:
    jgn take for granted jer..

    bunga rampai:
    selamat bermimpi

    cikdinz:
    azam jer dulu

    ke:
    rmai yg simpan azam time maal hijrah nampaknya

    BalasPadam
  16. Tanpa mimpi, impian dan cita2, manusia akan terus tenggelam dalam kelemahan! Mimpikan sesuatu meskipun sekejap!

    ;)

    BalasPadam