Rabu, Ogos 08, 2007

Menebas

Mereka bukanlah orang2 kaya. Jika kamu ukur dari segi harta. Dari segi budi bahasa, kamu jualah yang tentukan tarafnya. Kerna bagi mereka, ia hanyalah cita2. Angan2 yang cuba dijadikan kenyataan. Mimpi jadi bos. Yang kaya dan punya kuasa. Konon2nya.

Maka, mereka sepakat. Harap2 ada manfaat. Langkah di atur. Perlahan2. Bertatih. Dan cuba berjalan. Berdengkit2.

Dan sejarah tercipta. Impian terlaksana. Di Kuala Kubu Baru Golf Course jadi saksinya. Anak2 muda (pada jiwanya) mencuba.

Dah. Ini bukan entri romantik. Walau kisah ini berlaku dalam suasana cukup aman di padang hijau yang mendamaikan. Hakikatnya 4 sahabat, tokey Dunlop, tokey Wilson, tokey Akagi dan tokey Precision dah pun ke sini.

Ada yang tanya. Kenapa Kuala Kubu Baru ?

Kami jawab. Murah. Sesuai dengan bajet kami yang terhad.


Kami puas walau penat. Puas dapat naik kete kechik keliling padang. Penat cari bola yang asyik hilang.

Sayangnya tak sempat nak dihabiskan permainan. Kene berhenti lebih awal. Nak solat. nak makan. Hujan turun dengan lebat.


* Soalan kuiz, agak2 maner satu milik En Kemat.

14 ulasan:

  1. aku syak yang no 3 dari kiri.
    yang kurus tu..

    ko nak lagu kentut tu...
    sini!sini!! klik kanan dan simpan sebagai.

    BalasPadam
  2. lagu melly goeslow pun ada... kekekekek...

    BalasPadam
  3. salam...

    tapi kaya budi bahasa...:p

    BalasPadam
  4. errr.. jawapan kuiz.
    yang halus melidi tu ke?

    oh terkenang waktu main lumba-lumba buggy atas padang sampai rasa macam nak terbalik hahaha

    BalasPadam
  5. entah kenapa .. entri ni buat aku gelak lucu. hahahhahahahaa

    BalasPadam
  6. Hummm tak mampu saya nak main... Baek saya weightlifting nak kuroskan badan... Nguahahahha

    BalasPadam
  7. oh.. nak jadik tiger wood

    BalasPadam
  8. Berapa handicap kamu kemat? ha ha!

    BalasPadam
  9. Tanpa NamaOgos 10, 2007

    yg paling kurus tu.
    hihi

    BalasPadam
  10. Tanpa NamaOgos 10, 2007

    Kau beli kat mana? kat china town ke kat kedai rm2? Mcam ada tanda2 nak naik pangkat jer bila pg main olf ni.... Aku baru jer nak belajo main tennis, kwn aku dah main golf. -DAYAT-

    BalasPadam
  11. wah!!!

    main golf ya!

    terer..terer...

    BalasPadam
  12. pa'chik:
    teima kasih utnuk lagu kentut tu...

    bayukk:
    heheh

    khairyn:
    wah, kamu pun bermain golf juga, pasti sudah hebat, boelh ajarkan saya

    izinni:
    mungkin kamu ini jenis kelakar orangnya..hahha

    azhar;
    eh, ini sesuai utk senaman..kamu jgn naik itu buggy la

    maksu:
    belum lagi, setakat nie jadi liepan jer dulu

    blackpurple:
    aku tak tau kire handicap lagi

    anne:
    ader la..

    skidg8:
    syyyy......

    achik:
    kenapa gitu

    dayat:
    aku sekarang lebih hebat dari kamu..hahahha

    kure2:
    lum terer lagi..banyak bola hilang

    BalasPadam