Selasa, Julai 24, 2007

Sehari Sebelum Gaji

Pagi2 dah nampak mamat nie. Sorang2 jer. Beratur kat depan dinding. Yang akan keluar duit bila dicucuk ngan kad plastik.

"Dude, gaji esok baru masuk daa.."

"Oh.. tahu. Nie nak abiskan gaji bulan lepas. Senang cikit nak kira berapa kenaikan sebenar gaji baru"

Aku pun ikut sama. Beratur kat depan dinding. Yang akan keluar duit bila dicucuk ngan kad plastik. Kad dalam dompet yang ader cuma resit tol, kad biru yang ada muka mamat hensem, kad nak bawak kete, kad bank, kad hutang ngan duit kertas seringgit edisi lamer. Hajatnya nak dikeluarkan sedikit duit not2 merah. Lepas alas perut di pagi hari dan juga makan tengah hari. Makan malam leh balun nasi kat rumah jer.

Dinding tempat orang dok selalu beratur awal bulan tu ada tertulis

' Hanya wang dalam gandaan RM50 jer leh dikeluarkan'

Cheh.. dinding nie dah macam peniaga kedai di pagi hari. Yang muka selalu masam bila kau hulur not besar. Pagi2 tak pernah ader duit kechik.

20 ulasan:

  1. Tanpa NamaJulai 24, 2007

    kalau kena taim duit dalam bank tinggal 50inggit saja... memang rasa nak bakar je mesin ajaib tuh..

    BalasPadam
  2. kekadang tu bila tetiba boleh kuar pulak note merah .. rasa macam menang loteri je. hahahahha ... punyalah susah nak dapat note 10 dari dinding sekarang. hampeh! nak suruh orang belanja lebih je!

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaJulai 25, 2007

    hahaha!

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaJulai 25, 2007

    Selamat Naik Gaji ye Kemat...

    hehe :D

    BalasPadam
  5. ho ho ho.
    bilalah saya nak naik gaji ni.
    hahak.

    BalasPadam
  6. isk.. rasa lambat plak gaji bln ni.. ;p

    BalasPadam
  7. Tanpa NamaJulai 25, 2007

    hahahahaha...

    isteri yg bekerja dan suri rumah naik juga duit belanja tak?

    BalasPadam
  8. haha...

    semangat palsu sungguh...

    BalasPadam
  9. Kemat, mesti ujung bulan depan tak sehina ujung bulan ni. mesti berbaki 18-30%. Tak gitu cik kemat?

    BalasPadam
  10. Tanpa NamaJulai 25, 2007

    Selamat menyambut gaji baru kemat

    BalasPadam
  11. Tanpa NamaJulai 25, 2007

    Hehehe.. Memang ramai ek penggemar duit merah.. Kalo area Selangor ni, basically kitorang tak loading duit merah time2 gaji sbb tau mesti duit merah tak laku.. Dan sekarang adalah waktu yg paling memenatkan.. Sangat fobia nak pi opis time2 org gomen gaji, duit ATM asyik cash out jekkk.. Loading tak sampai 3jam, 300k boleh abis.. Aihhhh..

    BalasPadam
  12. Tahniah dapat gaji baru ler k amu bulan nih!

    BalasPadam
  13. aku tak suka atm yang kuar 50 tu

    BalasPadam
  14. heh!
    tinggal £10 je dalam wallet. Esok dah kena belanja.. alahai

    BalasPadam
  15. Lah bukanke dalam pay slip dah state kan berapa kenaikan bla bla...

    BalasPadam
  16. Tanpa NamaJulai 26, 2007

    waa..syoknyer encik kemat dah naik gaji. dah bleh shopping sakan utk raya taun nih. heheh.. :D

    BalasPadam
  17. huihhh...
    hujung2 bulan mmg lah sikit.. ujung2 kann

    BalasPadam
  18. wahwahwah...

    tu nak kata yang dia naik gaji la tu!

    BalasPadam
  19. pa'chik:
    hahha

    izinni:
    rasa cam best jer dapat duit merah tu kan...

    mudin:
    :)

    sikenit:
    kamu juga kan

    akirasuri:
    cepat2 la kerja

    achik:
    dugaaann... dapat awal cepat habis plak

    juss-wan:
    depa automatik naikkan perbelanjaan..heheh..jgn mare suri2 rumah

    tyrexia:
    jgn duit palsu udah

    benngong:
    kamu juga kan

    wani:
    kat ATM ner kamu load duit merah banyak2

    cuaca:
    rezeki kawen

    kingbinjai:
    aku juga..cuma aku suka rm50 tu

    khairyn:
    wow..kalau merantau laagi terasa kan

    azhar:
    seeing is believing

    cikin:
    awal lagi nak shopping raya nie

    tiara:
    'hujung2 memang sakit"
    heheh

    kure2:
    eh..yer kee..hehe

    13may:
    lagi tensen kalau out of service

    BalasPadam