Khamis, Julai 19, 2007

Kering

Laju
Macam air
Mengalir
Tanpa henti
Tanpa disedari

Sehinggalah
Pada tika ia semakin susut
Sedikit demi sedikit
Dulu bukit kini busut

"Kering"
Kata anak2 muda itu
Bila ditanya tentang isi dalam dompet
Jawapan dipenghujung bulan
Bersama wajah yang masam

Akhir2 ini
Perbelanjaan melebihi pendapatan
Gara2 terpukau dengan hebahan
Paluan awal berita kegembiraan
Kenaikana gaji 3 bulan yang lalu

Dan Melayu itu mudah lupa
Alpa, leka dan suka bergaya
Kononnya diri sedikit kaya
Membayangkan durian runtuh depan mata

3 bulan dulu cuma perkhabarannya
Hakikatnya 'durian' masih di pangkal dahan
Menanti gugur penghujung bulan

Alahai..

"Mamak... kasi teh o suam satu. ..kurang manis aaaa..."

"Manis saja ka mau kurang, lagi tak mau ..."

"Hah.. kalau boleh. .. itu harga pun kasi kurang jugak laa..."


Ucapan tahniah untuk Anuar Hasin yang menjadi juara Akademi Al-Quran musim kedua. Dan juga pasangan adik beradik di tempat kedua dan ketiga. Pasti sejuk perut ibu yang mengandungkan mereka.

15 ulasan:

  1. Biasalah 'kering - mengering' ni.. he he he!

    Si Anuar itu berjaya setelah percubaan kali kedua. Moralnya, Jangan mengalah!

    BalasPadam
  2. "kering" juga sinonim dengan hidup seorang insan bergelar student..haha..

    BalasPadam
  3. yang itu kering... yang satu lagi.. dah penuh air.. susah.. susah.. kekeke....

    BalasPadam
  4. elehh kemat.. ko sebenarnya x mo orang soh ko belanja kan kan?? buat taktik nih...

    BalasPadam
  5. saya pun tgh kering skrg ni.almaklum tgh² bulan :-(

    BalasPadam
  6. kering xpe.. jgn kemarau.. ;p

    BalasPadam
  7. kepala kekeringan idea

    BalasPadam
  8. Tanpa NamaJulai 20, 2007

    Tahniah utk Anuar.. Dia xde masalah nak masuk mana2 realiti TV pun.. Tp budak2 yg masuk AF, Mentor, Gang Star etc, ada berani masuk AQ?

    BalasPadam
  9. Saya lebih suka bacaan pemenang yang kedua tu. Mungkin sudah rezeki Anuar agaknya.

    BalasPadam
  10. tahniah utk si anuar ..
    lagi satu pepatah, dgr guruh di langit, air dalam tempayan dicurahkan..dgr kata naik gaji, habis semua dibelanja..hehe

    BalasPadam
  11. anuar hasin? oh! sudah rejeki dia. tapi saya suka pembaca kedua. oh!

    BalasPadam
  12. kering kering si ikan kering
    ada duit igt2 le skit utk 1-2 minggu ke depan

    pantun sireh aku tu ;p

    BalasPadam
  13. blackpurple:
    semangat Anuar harus dipuji dan dicontohi

    aku:
    student dulu memang selalu kering..kemarau terus haa..

    pa'chik:
    hahah

    aku bukan bidadari:
    hehehe

    kingbinjai:
    bagus gak tu

    aeyjay:
    samer la kita

    achik:
    kering kalau berlarutan leh jadi kemarau

    mak su:
    idea juga mudah kering kan

    wani:
    tak nak cuba nmasuk AQ tahun depan...

    imanmawaddah:
    yg kedua tu bagus gak..tp sayangnya bacaan lagu tak menjawab soklan yg sepatutnya

    zwitterion:
    kene la bidalan kamu nie

    akirasuri:
    ramainya yg sokong yg kedua..kalu undi pakai sms mungkin yg nombor 2 menang

    tedungS:
    wow..orng putih berpantun..heheh

    BalasPadam
  14. Tanpa NamaOgos 12, 2007

    tahniah kat anuar...

    mmg dah minat dari AQ 1 lagi..
    gembira sgt ari tu dpt ckp tel dgn dia..bagus dia ni..
    tak menyombong...

    MEL471

    BalasPadam