Jumaat, Mac 09, 2007

DIRISIK ???

Sejak kembali ke KL, sempat juga aku berkejar2an di gelanggang futsal pada Jumaat malam. Kalau tak dengan mber opis, mungkin dengan group sekolah dulu, atau ngan mber2 masa kat U. Letih sudah pasti. 2 jam beb. Dari kul 10 malam sampai 12 tgh malam (walaupun sebenarnya, aku hanya main untuk 30 minit jer dari 2 jam waktu permainan tu, selebihnya jadi tukang sorak, err.. tidak juga, aku lebih suka memerhati gelagat anak2 gadis sunti yg bermain di gelanggang berdekatan).

Selalunya, aku terus pulang bila abis game jer. Lepas rehat2, kasi peluh kering, terus gerak. Jarang la lepak kat kedai mamak lepas tu. Tapi itu pun kat kul 1 baru sampai. Dan ada kalanya, aku terlupa bawa kunci rumah, rasa bersalah pulak bila terpaksa gerakkan orang tua dari tidur semata2 untuk bukakan pintu. Huh, tak patut betulkan.

Malam nie. Aku main futsal lagi. Kat seksyen 14 PJ. Datanglah kalau nak kasi sokongan. Cheh, macam artis lak nak kne sokong. Aku tak bawak kunci rumah. Awal2 aku dah sms mama bagitau aku overnight kat umah mber. Selalunya macam tu la. Bila dah merayap sampai pagi, aku lepak umah mber jer. Esok pagi, tak yah la bangun awal. Lepas Subuh, leh layan tidur sampai matahari tegak kat atas kepala. Orang bujang, breakfast & lunch kami sekalikan. 2 in 1. Mudah dan menjimatkan.

Mama reply sms aku. Katanya aku harus pulang awal pagi esok. Jangan bermalas2an di rumah kawan sehingga petang. Keluarga sebelah pompuan ingin datang bertandang. Berkenalan dengan kami dan aku terutamanya. Aku sememangnya belum pernah berjumpa dengan keluarga di sebelah perempuan. Huh. Aku dirisik ker. Abis tu kalau mereka bertandang apa perlu aku lakukan. Nak kne berpakaian cantik2 ker. Nak kne kluar hidangkan minuman ker. Itu dah cam anak dara tu. Dan berbual2 dengan orag tua2 satu kelemahan bagi aku yang pemalu nie..

Alahai, rasa berdebar pulak. Mood nak berfutsal sedikit terganggu. Trauma "meet the parents" mula menghantui diriku.

23 ulasan:

  1. cewah, kena risik lu ek? eh aku pun camtu nk gak ah, ada 3 kosong lagi ni kehkeh

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaMac 09, 2007

    wah beruntungnya ... dirisik, janganlah control ayu, kang tersilap jantina pulak.. buat biasa2 je.. depan orang tua, yang penting manis muka... :D

    BalasPadam
  3. wahhhh menarik sungguh. dirisik pulak cik kemat kita ni. huhuhuhu ... nanti citer apa kesudahannya ek. hehhhe

    BalasPadam
  4. dude, kalau kau berbual, kau cerita la tentang blog

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaMac 10, 2007

    Aiseh bang....ko pun dah buat lap 90 darjah yek....diam2 sudah kene ngorat...aku mcm biasa "Lelaki Melayu terakhir"...masih pending authority approval...hik3

    BalasPadam
  6. oit, ko dah pandai masak ke?

    BalasPadam
  7. Tanpa NamaMac 10, 2007

    tahniah XP

    BalasPadam
  8. Wah.. kau kena risik..?

    Kau selalu berfutsal kat man dude..?

    BalasPadam
  9. Wah gitttuwwww..
    diorang berpantun tak masa merisik tu ?

    BalasPadam
  10. wah encik kemat kena risik.

    err.. pastikan pergerakan kamu tertib ya, nanti jatuh dulang untuk dihidang.

    BalasPadam
  11. Tanpa NamaMac 11, 2007

    ewah2 kemat. kemat seorang yang pemalu erk? ;))

    Aku bila lah nk kene risik macam tu.

    BalasPadam
  12. wah dirisik..
    chayo..
    pastikan bro kelihatan kacak dan lemak berkrim disukai ramai..
    jangan lupa mengintai-ngintai tepi langsir pintu mengintai ehem ek :p

    BalasPadam
  13. pastikan jalan dengan sopan. Jalan kepit-kepit tawwww. Duduk bersimpuh

    BalasPadam
  14. kekeke...macam tak best je kalau pompuan datang rumah nak kenal..huhuhu

    BalasPadam
  15. Aku dah jumpa kau... Aku rasa kebarung atau kebaya batik lepas sesuai untuk kau! Nguahahahhahah

    BalasPadam
  16. hahaha..dirisik tuuu.. ;) tak terbyg sy en.kemat yg macho menghidangkan air di atas dulang smbil tersipu2 malu,ehe :D

    BalasPadam
  17. Tanpa NamaMac 12, 2007

    dirisik?:)

    BalasPadam
  18. Tanpa NamaMac 12, 2007

    uit.. kemat dirisik?
    gudluck dude! ;)

    BalasPadam
  19. dont worry, jadilah hang seadanya...originality yg pompuan suka...mcm af5 pulak haha

    BalasPadam
  20. Tanpa NamaMac 12, 2007

    tahniah bro..yummy sedapnya nasik minyak :-D

    BalasPadam
  21. huhu tak tau nak komen apa.. tersengih sorg2 baca komen2 kat sini ;p

    BalasPadam
  22. tedungS:
    jgn cari pasal... jaga yg satu tu dulu

    sikenit:
    yea, manis nuka, bukan bermuka-muka

    izinni:
    kesudahannya..jeng4x

    iman mawaddah:
    heheh

    kingbinjai:
    tak leh citer pasal blog, bocor rahsia dude

    paqlee:
    jgn tunggu lama2

    pa'chik:
    masak air..ok ker

    neeziee:
    kamu..bila???

    blackpurpel:
    sportplanet sunway atau sport centre sek14, PJ

    ezatulhaq:
    pantun 2 kerat jer

    khairyn:
    yer, kontrol2x

    ise:
    balik mesia cepat, pastu mesti ramai datang merisik..almaklum graduate oversea

    akirasuri:
    mengintai di celah langsir..alahai..

    payakubor:
    banyak nasihat dude

    ted:
    gelabah gak kan

    azhar:
    hampeh

    hayad:
    hik2x.. jgn dipikrkan malu saya

    skidg8:
    nnti say crita lanjut

    faridt;
    :)..maintain tulen ek

    yun:
    tq

    achik:
    jgn sengih2 sorang2, nanti org lain pikir lain

    BalasPadam