Isnin, Januari 29, 2007

Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Korang pernah basuh rumah tak malam2. Bukan pada malam minggu. Tapi pada malam yg penuh kepenatan. Ketika kau pulang dari kerja yang memeningkan kepala.

Aku pernah. Rajin kan. Boleh wat calon menantu nie. Hehe..

Kisah sebenarnya sebegini. Masa tu aku dok kat Penang lagi. Kira tahun lepas la peristiwa nie terjadi. Ingat lagi tak entri pasal ‘rumah dobi’ member opis merangkap jiran tu. Kalau lupa leh baca balik kat sini atau sini.

Macam biasa, tengah hari tu aku balik umah kejap untuk basuh baju. Setelah berjaya memecah masuk dengan separa izin dari tuan rumahnya, aku tanpa segan dan malu terus jer guna kemudahan mesin basuh tu. Apa susah. Masuk baju, taruk sabun serbuk, pulas jer setting masa dia untuk mesin basuh tu mula berfungsi. Kira ¾ automatik la. Bila air dah masuk dan confirm mesin basuh tu dah leh start peranannya, aku pun balik opis untuk sambung kerja. Aku bukan tak nak tunggu sampai siap, tapi aku tak nak ganggu mesin basuh tu wat kerja dia. Lagipun mak aku penah pesan, tak baik mengintai anak dara basuh baju kat sungai. Mungkin mesin basuh nie pun malu jika korang dok tenung jer dia basuh baju tu. Ha, senangkan.. agak2 biler balik dari keje nanti, mesti dah siap. Tinggal nak jemur jer.

Petang tu, member opis merangkap tuan punya rumah ajak aku ke Seberang. Katanya nak kenalkan aku ngan sorang awek nie. Aku yang pemalu ini mengiyakan cadangan bernas yang dikemukakan.

Lepas solat Maghrib kat opis aku terus aku balik. Janji nak jumpa awek tu kul 8.30mlm nnati. Kne la dressing smart ckit. Takkan nak pakai baju kerja lagi. Lagipun pakaian kat dalam mesin basuh tu leh jemur dulu.

Bila aku masuk jer ‘rumah dobi’ member aku tu, aku terperasan semacam ada air membasahi ruang tamu. Ehh, tempias hujan ker. Takkan banyak sampai macam nie. Tiba2, aku terperasan hose outlet dari mesin basuh tu tak diletakkan betul2 ke dalam bilik air. Maka segala air basuhan dari mesin basuh tu disalirkan ke rumah ini, bukannya ke dalam bilik air. Huhu. Kesian, member aku tu. Abis air memenuhi seluruh rumah, dari dapur melarat ke ruang tamu juga hingga ke bilik tidur. Nasib rumah bujang dia x der karpet.

Aku sms ZZ. “Rumah ko kne banjir la”. Dan malam itu, aku ngan ZZ berhempas pulas bersihkan rumah dia. Menimba air yang banyak itu. Kesian ZZ. Tak pasal2 malam tu kne basuh rumah. Kau dipaksa, aku terpaksa la.

Dan awek tu, apa khabar dia sekarang yea…. Sori la ‘date’ malam tu kne kensel…

16 ulasan:

  1. kena timba satu rumah... memang baguslah.. betullah boleh buat calon menantu...

    hehe :D

    BalasPadam
  2. :) dulu2 pon penah mengalaminya

    BalasPadam
  3. ha ha ha. boleh buat calon mertua ni. ha ha ha.

    BalasPadam
  4. Sekurang2nya bersih gak umah org bujang kannn

    BalasPadam
  5. wah2..rajin betol. meh bersih umah aku neh. berabuk! bujang kan. hehehe

    BalasPadam
  6. kesian awek tu.. haha..
    rajin membasuh rumah malam-malam..
    boleh jadi sukarelawan membantu mangsa banjir kat Johor..

    BalasPadam
  7. Kira exercise la tu dude....he he he...

    Aku pun pernah kena. Tapi sebab tangki air rumah jiran sebelah (atas bumbung) bocor. Habis 'banjir' 2 bilik tidur atas rumah aku. berhari-hari jugak jemur tilam, bantal..hu hu hu..

    BalasPadam
  8. haha mesti ada hikmah tuh..

    ~~Aku Bukan Bidadari~~

    BalasPadam
  9. umah bujang pun ada freeze.. wuuuu..

    BalasPadam
  10. Ayaq mesin basuh takpe jangan ayaq kumbahan yg bocor dah le...

    BalasPadam
  11. salam

    bila lagi nak basuh lantai rumah? Mesti satu rumah berbau harum kan? Bau sabun basuh.

    BalasPadam
  12. hahha....jadik menantu pun baguih...jadik tukang cuci umah pun baguih:D

    BalasPadam
  13. alahai kesiannyer dia. tp xpe, bleh jadi pengajaran. moral of the story: rajin2 tgk 'anak dara' tu membasuh.. :p

    BalasPadam
  14. sikenit:
    heheh.. xnak rekomenkan ker

    skidg8:
    senasib la kita

    akirasuri:
    calon mertua...huhu

    azharahmad:
    sekali sekala dude

    ise:
    hang sponsor tiket pi Jerman, aku mai

    orochi:
    praktis nak jadik sukarelawan la ituari

    blackpurple:
    kesian, sampia tilam pun basah, tido ats lantai la sehari dua tu ek

    king binjai:
    jgn gelak, kang terkena kang..hahha

    zwitt:
    lenkali tolong basuhkan sekali ek

    aku bukan bidadari:
    banyak hikmah dan dugaannya

    wani:
    rumah bujang kami juga ader dvd player..cuma org rumah jer belom..yelah..nama pun rumah bujang

    benngong:
    sensitip tu bro

    khairyn:
    jghn la ari2 basuh, sakit pinggang nnti

    13may:
    jadi tukang cuci umah pun x per asalkan anak dara tuan umah yg cun tu ikut tolong skali

    cikin:
    lenkali sy kne tengok 'anak dara' membasuh kan

    BalasPadam