Ahad, Disember 03, 2006

Azam yg satu itu....

Dah masuk bulan Disember pun. Kat opis, dah banyak diari dan kalender tahun baru aku terima. Nampaknya, masing2 dah melupakan 2006. Masing2 menunggu kehadiran 2007. Ada yg tak sabar nak tunggu tahun baru gamaknya. Bila kalender lama mula ditanggalkan dan kalender baru mengambil tempat. Digantung tinggi setinggi azam dan harapan mereka.

Terasa cepat setahun ini bila melihat kembali azam2 yang belum ditunaikan. Ada yang hangat2 tahi ayam. Ada yg tertulis cantik tapi tak dilunaskan. Syukur, ada juga yg telah aku laksanakan.

Namun, antara banyak azam yg aku tekadkan, yg satu ini masih jadi igauan. Mengganggu indahnya sepi dan sunyi malam, meracau dalam panas dan terangnya siang. Aku sedar. Aku dah tak punyai masa yg banyak lagi. Kalau aku gagal, aku perlu menuruti kehendak dan kata2 mereka. Membiarkan mereka menentukan perjalanan hidup yang seterusnya.

Aku akur. Pada janji yg telah aku lafazkan. Namun, aku tak akan mampu mengotakannya secara bersendirian. Jawapannya bukan hanya aku sahaja yg putuskan. Andai aku gagal, apakah itu tanda kekalahan. Apakah benar aku tewas dalam perjuangan sebuah pencarian.

Keikhlasan dan keserasian adalah pengukur kepada jawapan. Simpati dan desakan bukan alasan untuk penerimaan. Menghormati perasaan orang lain mengajar kita untuk lebih menghormati perasaan diri sendiri. AKu arif akan hal ini. Cuma hati kadangkala enggan membenarkan.

Walaupun aku sendiri takut untuk memberikan jawapannya kepada mereka. Aku tak akan membiarkan mereka tertunggu lagi. Setahun yang dilalui sememangnya terlalu singkat bagi aku cuba membuktikan. Erti kesungguhan, keikhlasan dan kepercayaan.

Kadang2, kita perlu biarkan hati sendiri terluka. Biarpun pedih. Kerana ia akan sembuh dengan melihat senyuman di mata mereka. Kegembiraan bukan milik diri sendiri, tetapi sesuatu yg perlu dikongsi bersama. Dan pagi 2007, hati ini akan bersuara. Moga aku punyai kekuatannya.

Moga Tuhan membuka jalan. Pada hamba-Nya yang kerungsingan. Istikharah aku pada-Nya moga dipermudahkan hati diberikan ilham. Mencari yang terbaik dalam kehidupan ini.

23 ulasan:

  1. semoga kau bertemu dengan permata hati yang dicari. Amin.

    BalasPadam
  2. kala gembira,kala terluka..kepadaNya jua kita mengadu.. Cheer Up,en Kemat!:)

    BalasPadam
  3. wlpn aku agak blur tapi aku dapat menangkap maksud entri ko kali ni kemat.. gudluck dude! ;)

    BalasPadam
  4. en Kemat bersemangatlah..usaha, doa, tawakkal!

    BalasPadam
  5. Tahun 2007 - fokus pada azam yg satu itu, okeh brader:)

    BalasPadam
  6. bak kata anne, kena tgk omak eh dulu heheh

    BalasPadam
  7. aku pun blur dgn entry ni...ini azam nak kawin kah? selamat berjaya encik kemat

    BalasPadam
  8. Azam yang SATU... ? InsyaAllah. Niat yang baik akan dipermudahkan Allah.

    BalasPadam
  9. hai kemat..

    eventhough, i dun really know u..but i like to read ur blog..like ur wordings..fuhh mmg menusuk di kalbu..(^_^)
    in this case,i only have 1 quest 4 u..sanggup ke u nak idup ngan org yang u x sayang selama2nya??
    bak kate dalam movie CINTA..
    "bersusah payah dgn org yg kita cinta lebey baik dr seumur hidup dgn org yg kita tak cinta.."
    kenape mesti menurut kehendak org len sehingga sanggup nk menyiksa diri sendiri..give some more times for urself..mencari cinta ni tak bley terburu2..convince them, that one day u'll find u true luv..or tell them the truth, ur not in luv dgn gurl yg menjadi pilihan mereka..all the best bro!

    BalasPadam
  10. slm kenal...baru masuk blog nko, sok aku bagi komen, ri ni aku print jer dulu, balik umah baru baca...boleh gitu?

    BalasPadam
  11. tedungs,
    hepp!! tu bukan sy yg kata lah. org len yg kata. ;p

    encik kemat,
    gud luck ok! :D

    BalasPadam
  12. bro kemat, gut lcuk dalam menempuhi tahun 2007. DAh buat azam baru? ke baki azam bawa ke hadapan?

    BalasPadam
  13. alamak, nampak plak si anne ni.. igt dok cuti lg

    ko ngorat je la dia tu kemat, cun oo hehehh

    BalasPadam
  14. aku hanya berdoa dari kejauhan :D

    BalasPadam
  15. bile nak updet en kemat.tq

    BalasPadam
  16. takper kemat... tahun depan kita azam baru lagi.... tapi apa azam ko yang satu ni weiiii?

    BalasPadam
  17. lum sampai sebulan ko dah nak bina azam lain pulak, dont worry bukan kena bayor pun buat azam tuhhh, muehehehe....

    BalasPadam
  18. ko kawan ngan budak nama azam.pasti azam ko yg satu tu kan tertunai.itupun kalu budak azam tu ade kakak or adik yg blum kahwin ler.hehe..

    BalasPadam
  19. azam..ooo azam..mana la si azam nih.

    BalasPadam
  20. aku pun banyak dapat diari 2007.. sapa nak?

    BalasPadam
  21. amin bakish:
    Amin

    skidg8:
    thanks

    cikin:
    jgn tangkap entri aku nie, entri nie x bersalah..heheh

    zwit:
    tgh berusaha nie

    13may:
    fokus pada yg satu..kalu dah banayk mmg x leh fokus

    tedungS:
    yer ker

    kingbinjai:
    Amin

    sanchai:
    kawen..bukan kot..yer ker..

    blackpurple:
    moga2 dipermudahkan-Nya

    snowangel:
    slam kenalan.thanks 4 the advise

    rafflesia merah:
    wah..smpi print balik bace kat umah..terharunya..thanks neway

    anne:
    tq

    tedung S:
    memang nak ngorat, tp cun sngt la plak si anne nie, tak terucap aku hhehe

    ise:
    maintain azam yg satu itu je

    lelaki kacak:
    trima kasih utk doa itu..bile tukar nickname nie attochsmart

    lanrambai:
    azam yg satu itu..oh..nnti aku citer kmudian lagi

    rafflesia:
    kalu kne bayor wat azam, abis duit aku

    penyubiru:
    ko ader kawan namer azam tak

    semut:
    en azam x der kat bilik dia skrg..azam kluar pegi mnum kjap..hhaha

    orochi:
    kita jual kat pasal malam la diari tu..leh wat side income



    skidg8:
    nanti sy update..bz ler

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum
    Kemat,aku doakan semoga apa yang kau idamkan akan termakbul.Sebagai kawan yang sama-sama dialam persekolahan,aku memang dah masak dengan perangai kau. Orang yang baik macam kau akan dipertemukan dgn org yg baik jugak. walaupun mungkin kau masih tak kenal dia, tapi dialah yg diciptakan untuk kau.Insyaallah cinta itu akan berputik.Ok keep in touch!!!
    -Dayat the great-

    BalasPadam