Jumaat, November 24, 2006

Gol, Gincu & Belacan

Malam selepas terima sms Lan Rambai, aku baca blognya. Oooh.. ada majlis makan2 rupanya. Lan tahu hobi aku kot. Tapi, maaflah En Lan Rambai, aku x balik KL weekend nie. Ada kenduri kat kg di Baling, Kedah.

Pagi, aku terima panggilan dari kengkawan. Juga dari mereka yg berada di KL. Minta aku balik. Ada game futsal katanya. Datanglah. Mereka perlukan budak MILO. Aku bertegas. Aku perlu menghadiri kenduri kawen di kg. Benar, kegagalan aku hadir di majlis kenduri itu tak akan menghalang majlis perkahwinan yg dirancangkan. Tapi, aku perlu hormati hubungan kekeluargaan yg terjalin erat.

Mereka mendesak lagi. MILO yg aku sediakan selama ini susunya secukup rasa. Manisnya sedang2 saja. Lagipun, siapa mereka nak persalahkan kalau kalah lagi dalam perlawanan itu nanti. Mereka beriya2 minta aku hadir.

Aku nyatakan prinsip aku. Keluarga perlu diutamakan.

Sebelum perbualan ditamatkan, sempat mereka bercerita, tentang sekumpulan anak2 gadis seksi, cantek, periang dan manja yg akan bermain di gelanggang sebelah kami. Pada masa dan hari yg sama.

Tiba2, aku teringat akan urusan di KL yg belum diselesaikan. Hmm..mungkin aku perlu pulang ke KL weekend nie. Tak. Aku tak memikirkan pasal gadis seksi, cantek, periang, manja yang bergincu di gelanggang itu. Aku lebih percaya futsal mampu menyegarkan badan aku yg agak lesu kebelakangan ini. Dan kenduri kahwin itu???? Sebelah pengantin lelaki aku masih boleh hadiri.

Dalam lamunan dan angan2 antara futsal dan kenduri kawen tu, tiba2 aku dpt sms dri mama. "Pergi kenduri umah Tok Cik sampaikan salam mama dan baba. Jangan lupa belikan belacan kat Pekan Ahad. Belacan kat umah dah abis nie"

Ya. Aku yakin sekarang dengan pilihan hati. Mana sedap makan sayur kangkung x der belacan. Aku harus pulang ke Baling weekend ini.

18 ulasan:

  1. hohoho.. susah payah berfikir.. akhirnya belacan juga menarik hati.. ok la tue kan..!!

    BalasPadam
  2. Selamat Balik Kampug Kemat. Hati2 memandu. Ke naik bas?

    BalasPadam
  3. kisah seorang anak yang patuh pada perintah ibu bapanya... (baca macam nyanyi lagu ubat batuk cap ibu dan anak)...

    kemat, kaulah calon idaman anak2 dara ni... hehe ;)

    BalasPadam
  4. ayah dan ibu 2x.
    itulah permulaan kami..
    (sila sambung sendiri)
    baik ikut cakap mak..

    BalasPadam
  5. membeli belacan adalah satu pilihan yg tepat!

    BalasPadam
  6. bijak..bijak..
    semestinyer itu pilihan yg bijak!!..

    BalasPadam
  7. nasib baik ending entri ko, ko decide tak balik sg buloh....

    BalasPadam
  8. tabik spring aa en kemat!:p

    BalasPadam
  9. ello tokey belacan.. nak buat pesanan satu kontena yer..

    BalasPadam
  10. "belacan ek? benda yang aku begitu alergik"..kata agnes monica, tak ada logika. tinggal di melakamakan cencalok baba dan nyonya.kakakaka....ARGHHHHH!!!!

    BalasPadam
  11. wawawawa.. rindu nak balik baling gak..huhu

    BalasPadam
  12. belacan?
    em..kampung saya belacannya sedap2..
    teringat tiap2 kali balik kmpung beli belacan sure singgah cendol mamak tepi pasar masjid tanah tu..

    emm...rindu nyer..

    slmt berkenalan..smoga boleh jd teman blogging lps ni ya..

    apepun,hadapi dgn senyuman..
    daaa~

    BalasPadam
  13. belacan hand made memang sedap...

    BalasPadam
  14. ohh.. kirim sebungkus. bagaimana rasa belacan buatan utara agaknya. haha.

    BalasPadam
  15. wargh.,.. mmg best... slamat join geng blacan...

    BalasPadam
  16. kingbinjai:
    makan binjai cicah belacan pun sodap king..hikhikhik

    maniq kayanagn:
    belacan totap pujaan hati

    ise:
    wira hitam kesayanagnku

    sikenit comel:
    terharu mendengar lagu ini, si kenit kau pula idaman anak teruna

    zwitterion:
    saper lagi yg nak kita dengar kata nasihat kalau bukan mereka kan

    13may & cikin:
    maksud kamu aku yg membuat pilihan bijak itu pun kira bijak juga la kan

    lan rambai:
    kalo balik sg buloh aku dah smpi umah ko lan, sure punye, amacam knduri ok..

    skidg8:
    tabik, jangan tak tabik

    orochi:
    kalu pesan guna kontena susah ckit, skrg polis suka wat road block thn kontena

    semut:
    ko tgk filen p.ramlee, tarzan pun makan belacan tau

    wani:
    balik, jgn tak balik..BALING dah maju..tunggu entri seterusnya, BALING tercinta

    pawana malam:
    sekarang kita dah jd temam blogging, rjin2 lah berkunjung ek

    esis:
    itu istimewa belacan kg

    ariana:
    belacan utara lain ckit, rasa dia cam belacan..hik..hik..hik

    sunan jati:
    wah..ader kelab peminat belacan ker

    BalasPadam
  17. "Ana banyak suka sambal belacan, Mastura boleh tanam pokok belacan?"

    BalasPadam