Rabu, Ogos 02, 2006

BIla Blog Di Pantau

Ini adalah artikel aku petik dari Utusan Malaysia bertarikh 02 Ogos 2006 (Rabu)
KUALA TERENGGANU 1 Ogos – Kerajaan akan memantau dengan dekat laman-laman web, blog dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyebarkan perkara tidak benar sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak boleh membiarkan Internet menjadi alat menyebarkan perkara tidak betul berhubung sesuatu perkara atau menjadi medan untuk membuat tuduhan melulu kepada mana-mana pihak.
‘‘Kita tidak boleh membiarkan penyebaran berita tidak betul ini kerana ia mampu menimbulkan keadaan kacau bilau, kehilangan pekerjaan dalam bidang ekonomi misalnya dan menyebarkan khabar angin,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat dan melawat tapak projek Tamadun Islam, di Pulau Wan Man, di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr.Jamaluddin Jarjis berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap laman web dan blog yang didapati boleh mengancam perkembangan ekonomi, perpaduan, kesejahteraan dan keselamatan negara.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata, jika seseorang itu didapati menggunakan Internet atau SMS untuk menyebarkan perkara yang tidak betul pihak berkuasa berhak menahannya untuk disoal siasat bagi mengetahui kenapa ia dilakukan.
‘‘Kita tidak boleh menjadikan (kemudahan) Internet atau SMS sebagai satu peluang untuk menyebarkan apa-apa (termasuklah) mengatakan kat orang, tuduh kat orang.
‘‘Kita tidak boleh membiarkan perbuatan ini sebagai satu kebebasan yang di luar kebebasan yang diberikan kepada media di negara ini,’’ katanya.
Perdana Menteri menegaskan, tidak ada negara yang membenarkan sesuatu kebebasan itu diberikan secara mutlak sehingga membolehkan mana-mana pihak mengatakan apa sahaja yang mereka suka.
Ditanya adakah beliau sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri akan meminta polis menjalankan siasatan ke atas laman-laman web yang terlibat, Abdullah berkata, ‘‘Terserah kepada pihak yang boleh menyiasat.’’
Nampaknya blog sekarang sudah diiktiraf sebagai medium penyampaian berita yg berkesan oleh semua pihak. Aku akui terdapat mereka yg menyalahgunakan blog utk menyebarkan fitnah. Tapi adalah diharapkan blog masih diberi kebebasan untuk mengutarakan hujah & pendapat penulisnya tidak seperti akhbar arus perdana sekarang yg tidak berani membongkarkan persoalan sebenar sesuatu perkara. Kita pasti tidak mahu buah fikiran dan pendapat masyarakat kita disekat dan dikongkong. Kamu masih perlu dengar suara2 org kecil seperti kami biar pun kamu tidak akan ambil peduli. Sekurang2nya biarlah kami bersuara.

17 ulasan:

  1. Tanpa NamaOgos 02, 2006

    saje dtg menjenguk site..

    BalasPadam
  2. Mereka takut pada suara-suara yang boleh menggugat mereka agaknya..

    kalau itupun nak dipantau hilang sudah freedom of expression yg sepatutnya ada dalam sebuah negara yg dibangga2kan sebagai demokrasi itu...

    BalasPadam
  3. Adat dunia kewartawanan.. terpaksa pendam mana yang sensitif. Blog memang bebas bersuara dan itulah suara2 yang benar.. tidak menipu. Cuma terpulang pada pembaca blog untuk menilai..

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaOgos 02, 2006

    mari kita lihat blog saper yang kena dulu.hahaha.

    BalasPadam
  5. Blog blog yang berbaur politik la ni, yang ditulis oleh orang-orang politik.

    Tapikan, bila dah menteri bersuara macam tu, ini menunjukkan blogger dah diiktiraf dan ada khalayaknya yang tersendiri.

    BalasPadam
  6. Tanpa NamaOgos 03, 2006

    "Tapi adalah diharapkan blog masih diberi kebebasan untuk mengutarakan hujah & pendapat penulisnya tidak seperti akhbar arus perdana sekarang yg tidak berani membongkarkan persoalan sebenar sesuatu perkara."

    Bukan tidak berani tetapi terpaksa merahsiakan sesetengah persoalan kerana bimbang pengaruh politik akan menjejaskan mereka.

    BalasPadam
  7. erm...semua pun nak dipantau...kalu blog ni mcm gula..dah naik harga dah ni...hehe

    BalasPadam
  8. depa jeles. kita bleh memblog sedangkan depa tak reti nk wat blog pun..tak tau coding,,,

    anggap jer mcm tuh.

    BalasPadam
  9. dari pantau blog2 baik diorang pantau majalah pompuan telanjang kat luar sana tu.. hahaha

    BalasPadam
  10. Tanpa NamaOgos 03, 2006

    erk..blog aku 'bersih' rsnyer.. lalalalaaa...

    BalasPadam
  11. anonymous:
    terima kasih kerna menjenguk..err..kamu bukan mereka yg emmantau tu kan.

    blackpurple:
    aku ingatkan suara blog ini tidak mereka dengar..

    maniq kayangan:
    hanya jauhari mengenal manikam..pembaca blog pasti tau mana yg benar

    neeziee:
    kamu sifu aku..kalau aku kne, kamu terlibat sama..hahaha..x guna punya anak murid kan..

    mazudi:
    nampaknya blog sudah mendapat tempat sbg sumber maklumat

    mr.eims:
    hmm..aku sndri kadang2 hanya menempelak dalam sindiran, menegur dlm rentak jenaka..

    jan_sparrow:
    apsal blog janputih kamu masih belum berfungsi..cepatla..aku nak baca gak

    dong:
    kalau blog boleh dijual macam gula, ramai blogger jadi bernti kje..jd freelancer bloggers

    aku bukan bidadarI:
    kita bukak kelas memblog untuk mereka nak

    kelambu:
    yg ada gambor telanjang bukan setakat pantau, bakar terus jer

    cikin:
    kamu rajin sapu blog kamu yek..patut la bersih jer

    BalasPadam
  12. Tanpa NamaMac 05, 2007

    Keep up the good work »

    BalasPadam
  13. Tanpa NamaApril 26, 2007

    Where did you find it? Interesting read » » »

    BalasPadam
  14. [url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
    [b]microsoft finance software, [url=http://firgonbares.net/]educational software systems[/url]
    [url=http://firgonbares.net/][/url] school software purchase buy outdated software
    softwares prices [url=http://firgonbares.net/]freeware utilities for windows xp[/url] office software programs
    [url=http://firgonbares.net/]kaspersky anti virus freeware[/url] microsoft office 2003 free
    [url=http://firgonbares.net/]buy a software[/url] windows vista product key
    office suite software [url=http://firgonbares.net/]discount software australia[/b]

    BalasPadam
  15. [url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
    [b]software discounts for non, [url=http://sunkomutors.net/]money order software[/url]
    [url=http://sunkomutors.net/][/url] buy copied software buy photoshop extended
    free purchase management software [url=http://sunkomutors.net/]Studio 4 Pro Mac[/url] do illustrator vectors open in coreldraw software
    [url=http://sunkomutors.net/]purchase computer software[/url] cannot launch office word 2003 file
    [url=http://sunkomutors.net/]2009 Poser 7 Mac[/url] 2009 FileMaker Pro
    adobe creative suite 3 master collection serial number [url=http://sunkomutors.net/]buy adobe dreamweaver cs4[/b]

    BalasPadam
  16. [url=http://murudobaros.net/][img]http://murudobaros.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
    [b]microsoft office 2007 enterprise activation code, [url=http://murudobaros.net/]microsoft office enterprise 2007 install error[/url]
    [url=http://murudobaros.net/]what is autocad[/url] download kaspersky anti kaspersky college academic software
    illegal windows xp updates [url=http://murudobaros.net/]developing educational software[/url] dj software to buy
    [url=http://murudobaros.net/]old software store[/url] purchase oem software
    [url=http://murudobaros.net/]anti virus software to buy[/url] buy cheap software discount coupon
    computer software to buy [url=http://murudobaros.net/]academic software san diego[/b]

    BalasPadam
  17. [url=http://hopresovees.net/][img]http://hopresovees.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
    [b]free windows xp upgrade, [url=http://bariossetos.net/]2d barcode reader filemaker pro[/url]
    [url=http://hopresovees.net/][/url] software-manager macromedia soft cheap software
    between oem software [url=http://vonmertoes.net/]store creation software[/url] sms discount software
    [url=http://bariossetos.net/]what are the new features is adobe photoshop cs3[/url] nero 8 serial number
    [url=http://bariossetos.net/]place to buy software[/url] sell your software on
    sell software over [url=http://hopresovees.net/]adobe photoshop clone for mac[/b]

    BalasPadam