Khamis, Mac 29, 2012

Seterika Anti Lekat

"Senang guna seterika anti lekat ni. Masih berat tapi laju jer ia menggelungsur bila seterika baju"

Biasalah adat meminjam. Kena puji barang depan tuannya. Tapi seterika tu memang terbaik. Di asrama, seterika tergolong dalam barang 'haram'. Macam walkman. Kalau kena tangkap bawa seterika sendiri kena rampas. Entah tang mana 'haramnya' aku tak tahu. Mungkin sebab kadar beban penggunaan elektrik yang tinggi menyebabkan ia dikawal. Hanya boleh guna seterika di bilik khas seterika sahaja. Itu pun ada 3 biji. Kalau kau bangun jam 3 pagi boleh lah kau nak guna dengan senang. Adik-adik di tingkatan bawah gemar gosok baju pada waktu awal pagi macam ni. Elak berebut dengan abang-abang yang suka 'cilok kat selekoh' atau lebih teruk lagi diminta gosokkan sekali baju abang-abang yang ada hati nak pakai kemas-kemas nak 'tekel' makwe tapi malas nak gosok baju.

Mujur bilik kami ada Azmin. Anak orang berada. Dan dia tak kedekut pun pasal hal pinjam meminjam ni. Pernah kami doakan dia agar menjadi Pengurus Bank, tapi nampaknya doa kami tak makbul mungkin sebab niat kami tak betul.

Berbanding pencipta seterika anti lekat ni, aku kagum lagi pada Lan. Satu hari, Lan terlambat untuk bersarapan. Dia pinjam seterika untuk masak telur mata. Elok jer hasilnya. "WOW", kami jerit kagum.

Azmin tak kisah pun Lan pelbagaikan kegunaan seterika anti lekatnya. Lepas Lan masak telur mata guna seterika, Azmin gosok seluar dalamnya yang basah. Macam selalu.

"Aisehh, aku lupa basuh la spender. Nak pakai pagi ni baru teringat tak ada yang bersih dah"

Lan buat pandang tempat lain masa Azmin jalankan misinya.

2 ulasan:

tasuke berkata...

entri ni tribute utk iklan nestle 100 tahun ke?hehehe..

Kemat berkata...

tasuke:
ini cerita masa kat asrama ni

kingbinjai:
hahha