Jumaat, Disember 17, 2010

Maaf. Saya Silap.

Maaf. Saya tersilap lagi. Dalam perkiraan. Dalam pentafsiran. Dalam pelaksanan tugasan. Dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Bukan sekali dua. Bahkan berkali-kali. Kesilapan yang sama atau hampir serupa. Apakah tidak diambil pengajaran dari kesilapan terdahulu. Atau tekad belajar dari kesilapan yang tidak meyakinkan. Sekadar ucapan manis di bibir tanpa iktikad dari dalam. Lantaran itu, kesilapan berulang lagi. Dan akal yang sepatutnya bijak mencari penyelesaian pada permasalahan rancak memikirkan alasan menutup kesilapan.

Cara yang mudah, tudingkan jari pada yang lain. Pada yang berada di sekeliling. Letakkan kesalahan pada keadaan. Pada himpitan tekanan. Pada apa sahaja. Asalkan bukan diri sendiri. Silap itu bukan milik kamu lagi. Tapi, rasa bersalah dalam diri tidak dapat dipadamkan dengan cara ini.

Tinggalkan ego. Akui kesilapan. Penuh keberanian. Berulang itu tanda kelalaian. Kematangan akan mengajar kamu. Mengelakkan kesilapan. Perbetulkan keadaan.

Permulaan yang pertama. Ungkapkan penuh pengertian dalam kerendahan hati.

"Maafkan saya. Mohon tunjuk ajar yer"



8 ulasan:

  1. nnti saya ajarkan macam mana nk buat cucur udang alor gajah.

    he he.

    kat melaka lagi ke nih...?




    -tasekM-

    BalasPadam
  2. kemat

    gua tabik lu. lu bos sejati. bukan poser.

    BalasPadam
  3. tasek,

    dah merajuk, lari balik kolumpo..hahah

    ayobkelubi,

    gua bukan bos, gua kuli jer..sebab bos always right

    BalasPadam
  4. Kemat..

    Saya sudah lama tidak ke sini. Link ke blog ini juga telah tiada di blog saya, saya rs mgkn semasa tukar-tukar layout blog, ada link yang hilang dan saya tak masukkan.

    Saya akan 'update' dan masukkna kembali link blog ini. Maaf silap saya..mcm kena pula dengan tajuk entri ini.

    WAH dalam kategori bunga kantan, st grup dngn hanis zalikha lagi...

    BalasPadam
  5. hmmm...ramai org terlampau ego utk mengakui kesalahan sendiri...kan?

    BalasPadam
  6. fizz:
    seronok dapat bertukar jejak

    shasha:
    namapun ego, begitulah sifatnya kan. Saya pun kadang2 begitu. Maaf kawan2.

    BalasPadam
  7. nizam sani:
    macam2..hal pejabat

    BalasPadam