Khamis, Ogos 05, 2010

Entri Menantu Pemalu

Hujung minggu. Kami memenuhi jemputan kenduri di rumah sedara. Sebelah awek che'gu. Ramai juga yang hadir. 

Dalam suasana ramai dan gamat dengan usiakan dan sapaan di sana sini, aku cuma berdiam diri sahaja. Walaupun turut sama dalam lingkungan saudara mara yang kebanyakannya lebih berusia berborak, aku tidak berkata walau sepatah. Sesekali tersenyum bila ada yang membuat lawak. Segan ada. Tak tahu nak borak pun ada. Kalau ada blackberry, mesti layan fesbuk jer masa tu. Aku cuma menjadi pendengar yang setia. Pada setiap celoteh mereka.

Sekali sekala. Aku ke meja hidangan. Makan. Dan makan. Pasal ini, aku tak segan (haha).

Aku tengok budak-budak kelam kabut nak cedok lauk. Aku cuba jadi 'abang-abang'. 

"Adik nak bahagian mana ayam nie"

"Chopstix bang.. chopstix.. "

Aku diam. Berfikir... "Ooooohhh... drumstix lah"

 

7 ulasan:

  1. bang, saya nak chopstick 10 ye bang!

    hehe.

    BalasPadam
  2. sib baik tak bagi kayu kata nak amik ni chopstick ye bang kemat...haahhahah

    BalasPadam
  3. Haha! Comel. Bukan kamu, tapi budak itu. :p

    BalasPadam
  4. nizamsani:
    bukan ada pun

    puterikure2:
    haha

    shasha:
    kalau member sebaya aku cari dan tikam ngan chopstick ..hahah

    mak su:
    :)

    biskut dan kopi:
    kamu nak puji aku tapi malu kan...hahha

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaOgos 09, 2010

    chopstick... kekekeke...

    tringat cerita orang minta friskies (fries) kat kfc...hehehehe

    BalasPadam