Isnin, Mac 08, 2010

"Hello.... Err... Siapa Kat Sana Yer"

"Esok kerja tak". Entah siapa. Via sms. Nombor telefonnya tiada dalam rekod telefon aku. Aku tahu. Sebab tak keluar nama penghantar sms. Aku syak orang kat pejabat. Yelah, seminggu lepas jarang benar ada di opis. Cuti. Meeting. Outstation. Hari nie pun. EL. Jaga Husna di wad (sahut seruan PM untuk kukuhkan ikatan kekeluargaan).

Agaknya. Dah berhari-hari si polan ni cari aku. Penting jugak aku kat organisasi nie. Atau dia nak kutip hutang.

Aku nekad. Balas jer. Walau siapa penghantarnya. Walau apa tujuaannya. Yer, kadang-kadang, aku jarang kembalikan panggilan missed call yang nombornya tiada dalam direktori telefon bimbit aku.

"Kerja. Tapi tak pasti jadual macam mana. Mungkin ada mesyuarat di Putrajaya. Ada apa boleh ditolong" 

Lama. Sebelum aku dapat balasan semula. Via sms. "Err... siapa nie" 

Cheh. Entah2 si polan tadi tersilap hantar sms. Dan aku lak balas dengan bangga. Alahai.

4 ulasan:

  1. sekali salah no daaaa....

    BalasPadam
  2. ha ha ha.. mungkin betul dia tujukan soalan kat ko tp since dia pun tak save no ko, jadi dia pun tak ingat

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaMac 10, 2010

    laaa..mula2 bukan men smngat lagi..hehhehe

    BalasPadam
  4. shasha:
    rugi kredit..heheh

    madulebah:
    mungkin

    tanpa nama:
    biasa dude

    BalasPadam