Isnin, November 03, 2008

MASAK: PERLUKAN KASIH SAYANG

Banyak-banyak masakan, yang paling enak sekali tentulah masakan ibu. Sejauh mana kita merantau, kita pasti kembali mencarinya. Sekaya mana kita, sehingga mampu makan di hotel dan restoran mewah belum tentu setanding dengan keistimewaan masakan bonda.

Masakan ibu lengkap segalanya. Rasa manis, masin, pedas. Sekalipun masakannya ringkas, ia tetap menyelerakan dan mampu mengenyangkan seisi rumah.

Kata ibu. Membongkar rahsianya. Resipi utama dalam setiap hidangan masakan. Perlu ada kasih sayang. Dari tukang masak untuk sesiapa sahaja yang menjamahi juadah tersebut.

Kasih sayang itulah yang membangkitkan selera dan meninggalkan kerinduan pada masakan tangan seorang ibu.

10 ulasan:

  1. Betul tu. Sy sokong ;p. Lahir2 je kita kenal/makan masakan ibu. Mmg tiada tandingan.

    BalasPadam
  2. betul..betul..sbb tu makan kat kedai, walau sedap mcm mana pun...kita jarang bertambah..


    dia masak doa utk duit je kot

    BalasPadam
  3. yer betul..dan saya sangat rindukan masakan mak 5 thn yg lalu...

    BalasPadam
  4. ada gakorg kata air tanag yg tentukan sedap ke x..?

    ek. air tangan ngan kasih sayang tu sama x..??

    BalasPadam
  5. saya setuju!

    BalasPadam
  6. adeh..teringat bonda...huhu..salam perkenalan che' gu..rajin2 lihatlah blog hamba~

    BalasPadam
  7. ye laa en kemat. walaupun sy selalu masak betul2 ikut resepi mak sy, tapi akak sy tetap kata...
    "asal x sama mcm mak punya??"

    BalasPadam
  8. gdiz:
    masakan ibu dah sehati dan sejiwa dgn kita

    kujie:
    tokei kedai kedai aplikasikan resepi kasih sayang nie kalau nak laris...

    tasik:
    :)

    shasha:
    :)

    paiseh:
    kira sama la..tangan yang sama juga beri belaian kasih sayang kan

    cikin:
    angkat kedua belah tangan

    sayyid:
    salam perkenalan

    fafarafa:
    tiada tandingan kan

    BalasPadam
  9. itu adalah resepi rahsia saya!!!!

    Ahaks..

    BalasPadam