Selasa, Julai 15, 2008

Rahsia Diari Merah Jambu

Tulis Esah dalam diari merah jambu

Entah kenapa dengan Mat Bon
Katanya mahu tapi malu
Penat sudah aku control ayu
Menunggu ucapan “aku sayang kamu”

Di depan dia pura-pura tak tahu
Bila berjumpa dia hanya menunduk malu
Menegur tidak memandang pun tak mahu
Khabarnya di rumah saban malam angau teringatkan aku

Mat Bon
Jangan bencikan aku dan diri kamu
Yang tidak boleh bersatu
Hanya kerana ego di dadamu

Aku perempuan melayu
Kamulah yang mulakan dulu

13 ulasan:

  1. susahnya nk cakap ye...

    hmm...

    BalasPadam
  2. susahnya nk cakap ye...

    hmm...

    BalasPadam
  3. "Akulah perempuan Melayu"

    Tipikal sangat tuu... Salahkah peempuan mulakan dulu? Yang penting niat mesti mulia nak dirikan masjid. Bukan berpoya-poya.

    Eheh..tak gitu Encik Kemat.

    BalasPadam
  4. Hayakallah....

    ini lagu ke apa ni?

    BalasPadam
  5. ai malu....
    ai la perempuan itu...

    :P

    BalasPadam
  6. Tanpa NamaJulai 16, 2008

    erk, nape aku tetiba mcm terasa eh? aku penah jadi macam esah kot satu masa dulu. heheheh..

    BalasPadam
  7. banyak betul diarinye ye..merah jambu...biru...

    BalasPadam
  8. esah,
    aku malu juge..

    -matbon-

    BalasPadam
  9. Tanpa NamaJulai 16, 2008

    wo!
    lelaki klu dah pemalu mmg camtu la.
    Mcm aku la, tp tetap digilai.
    ha ha.

    BalasPadam
  10. Tanpa NamaJulai 16, 2008

    sepatutnya tiada lagi malu2 utk memulakan dulu. huhu.. Aku masih lagi menunggu..

    BalasPadam
  11. hahhaha...simple tp mengena...besh la...wahai mat bon, mulakanlah...jgn malu2 lagik.hehhee..karang melepas meraung pulak nanti..

    BalasPadam
  12. skidg8:
    tepuk dada tanya hati..

    waterlily:
    tak salah perigi cari timba..

    amiene rev:
    bukan lagu tapi gula-gula dalam kehidupan

    puterikure2:
    ku malu tapi ku mahu cintamu

    cikin:
    peluang tak datang berkali-kali...

    gdiz:
    biasalah..banyak orang kasi

    tasik merah:
    kamu baca juga diari itu..hehe

    suparjo:
    haha..kamu memang 'pemalu'

    saad:
    kenapa perlu ditunggu..

    jowopinter:
    hmmm...sesuai dgn wataknya

    mazarina:
    frust tertonggeng nanti

    BalasPadam