Khamis, Mac 27, 2008

Dosa Kelmarin

Dosa kelmarin
Seperti titik hitam
Yang menyelubungi kehidupan

Dosa kelmarin
Walau telah lama ditinggalkan
Dengan hati penuh penyesalan
Sentiasa hadir menghantui perasaan
Mengekori kamu sebagai peringatan
Agar kesilapan tidak berulang

Dosa kelmarin
Selagi belum kau perolehi kemaafan
Selamanya kau dibelenggu keresahan
Munajat kita pada Tuhan
Mohon keampunan
Dipermudahkan perhitungan

Dosa kelmarin
Amat menakutkan bila difikirkan
Apakah akan ada lagi masa depan
Peluang untuk menebus kesalahan

11 ulasan:

  1. erkk..lain mcm je en. kemat skrg ni.heheh.dosa semalam biarkan berlalu.yg penting ada kesedaran.Ni kena g kursus Pembangunan Modal Insan nih.:D

    BalasPadam
  2. Apapun, caranya, kita sudah sedar, dosa apakah yang kita telah lakukan....

    BalasPadam
  3. Ya Allah Ya Tuhanku,
    ampunkanlah dosa kami. ampunkanlah dosa suami/isteri kami. ampunkanlah dosa ibu bapa kami. ampunkanlah dosa guru-guru kami. dan kau ampunkanlah dosa umat Islam di alam ini....

    Amin..ya rabbal'alamin..

    BalasPadam
  4. ko buat dosa apa semalam kemat?


    ps - aku lapar

    BalasPadam
  5. semoga kita semua akan di ampunkan allah...amin...

    BalasPadam
  6. Tanpa NamaMac 28, 2008

    Aktiviti:

    29 Mac 2008
    Program "Pidato Perdana Kesyukuran".
    Stadium Selayang

    31 Mac 2008
    Program "Himpunan Rakyat"
    Stadium Melawati, Shah Alam

    BalasPadam
  7. Tanpa NamaMac 28, 2008

    kelmarin buat dosa,
    semalam bini merajuk,

    kan??

    BalasPadam
  8. kalo diingat dosa yg lps2.. rs mcm teruk sgt diri ni.. jgn tangguh2 kalo nak bertaubat krn selagi bernafas tu tandanya Allah masih buka peluang utk kita.. amiin.. mudah2an

    BalasPadam
  9. yuhuuu,, ape kesalahan yang hang buat sampai nih sampai sebegini....

    BalasPadam
  10. Incet Kemat buat zaujah merajuk ke?
    He he he..

    Semalam, hari ini dan esok..
    Moga semua dosa-dosa terampun untuk kita semua..
    Insya-Allah..

    BalasPadam
  11. kawan-kawan:
    jika ada yang tersalah kata, terkasar bahasa, saya pohon kemaaafan. terima kasih semua.

    BalasPadam