Khamis, November 22, 2007

Musang Bulunya Ayam

Di awal pagi. Di kedai kopi. Kami tak banyak berbual. Macam biasa. Mungkin kerana korum kali ini sedikit berkurang jumlah ahlinya. Mata asyik memandang pada yang lalu lalang. Namun telinga aku lebih tertarik untuk menangkap perbualan mereka di meja sebelah.

‘Zaman sekarang. Orang baik susah nak dipercayai. Kene tengok 2-3 kali’ kata salah seorang dari mereka. Yang merujuk kepada berita2 sensasi di akhbar akhir2 ini. Oh, tidak. Bukan pasal artis. Kali ini pasal orang2 yang diamanahkan. Yang mengambil peluang di celah kesempatan. Mereka bercerita tentang hakim, peguam, polis dan pegawai2 berpangkat dan berkuasa bergilir2 turun naik mahkamah.

Mungkin terlalu awal kesimpulan yang cuba dibuat. Hukum dunia, selagi mahkamah belum putuskan bersalah, jangan kata dia bersalah.

Aku pun tak sedap jika dianggap terlalu baik dan berbudi pekerti. Satu hari nanti, bila buat silap, macam satu kesalahan besar dalam hidup ini. Lainlah kalau kamu jenis yang tak berapa boleh dipercayai. Orang dah tak heran apa yang terjadi. Bukanlah bermaksud kene jadi jahat. Atau tunjukkan perwatakan yang tak senonoh semata-mata untuk kamu dilabelkan sebagai golongan kiri.

‘Kamu jangan risau Kemat. Dari hari pertama jumpa, aku dah rasa hang memang jenis kepala tak betul punya. Itu sebab aku pelik, bila time nak ajak lepak minum2, hang tiba2 jer jadi rajin, banyak keje nak buat’ kata mereka mematikan angan2 ku nak berlagak baik.

20 ulasan:

  1. dulu ada orang besar kata. kita bukan sahaja perlu baik. tapi dilihat baik. kalau kita baik, tapi dilihat tak baik, tak guna juga.

    BalasPadam
  2. Huhu.
    Sekarang ramai orang baek di sangka jahat.
    Orang jahat di sangka baek.
    dunia sudah terbalik daaa..

    BalasPadam
  3. ada org tunjuk baik bila kat depan..kat belakang xbaik..huhu

    BalasPadam
  4. semakin sukar nak menilai org..
    baik luaran,belum tentu baik dalaman..

    BalasPadam
  5. sekrg sukar nak jumpa kelibat musang....mungkin dah semakin pupus..

    BalasPadam
  6. apa nak jadi dgn dunia skang nih..
    semua nya dah tak betul...

    BalasPadam
  7. Alim-alim kucing!
    (Mula2 ingat nak kata kat ko, tp lupa pulak yg ko tu pemalu kan, kan) hak hak hak!!
    *larikkkk*

    BalasPadam
  8. Kamu... Cik Kemat.... Lipan berbulu helang lah..... Erkkk lipan berbulu?!

    BalasPadam
  9. adakah bulu ayam yg dipakai oleh musang itu bulu asli?
    si ayam sepatutnya dapat membedakan bulu yg asli dgn bulu yg palsu..

    relevan-kah?

    BalasPadam
  10. naper ko rajin tiba2 ek? ada apa2 ker?

    BalasPadam
  11. Remaja yang mencuri RM50 kat pasar untuki beli tiket balik kampung tu lebih jahat dari mereka, sebab tu remaja yang macam ni kena hukum penjara 3 tahun.

    Mereka?

    BalasPadam
  12. jadi kamu dalam kategori mana sekarang ni?

    musang berbulu ayam
    atau musang fake fur? (artificial) hehehe

    BalasPadam
  13. 'orang baik susah nak dipercayai..'
    hmm...

    BalasPadam
  14. ‘Zaman sekarang. Orang baik susah nak dipercayai. Kene tengok 2-3 kali’

    Mungkin sebab zaman sekarang spesis 'orang jahat' tu dah ramai sangat kot..;p

    BalasPadam
  15. caihh... tapi saya percaya kemat ni baik orangnya..

    ps: bodek nih

    BalasPadam
  16. nak buat baik pun kena hati2 gak..
    cth: ada orang nak tumpang kat tgh jalan, rupanya perompak yg tahan..huhu

    BalasPadam
  17. Janga buruk sangka. Itu kuncinya.

    Tapi kalau tengok muka pun dah tau jahat, apa cerita.... :D

    BalasPadam
  18. Semenjak cuti sekolah, en kemat sudah semakin sibuk.

    Sudah malas mau update..

    Ahak! jahat! jahat!

    BalasPadam
  19. zizie ali:
    :)

    akirasuri:
    dunia atau tanggapan kita yg terbalik

    n:
    :(

    anne:
    jgn pening2

    cikin:
    biarlah org baik atau tidak. kita kekalkan jati diri kita

    13may:
    hutan semakin gondol

    cikdinz:
    puncanya kita juga kan

    nurraddean:
    terasa aku..heheh

    azhar:
    liepan bersisik...heheh

    brandal:
    kualiti hampir sama..susah nak beza

    maksu:
    heheh

    mazudi:
    :(

    khairyn:
    entah..risau juga

    kuncihilang:
    sapa yg boleh dipercayai..org jahat

    kak ungku:
    mungkin

    tiara:
    hehhehe

    zwiitt:
    ahah

    bp:
    yg penting tanggapan kita

    chentahati:
    susah la..bz

    BalasPadam