Isnin, November 05, 2007

Malu

Susahnya jadi orang pemalu. Jadi pendiam. Walhal dalam kepala, dalam hati, banyak benda nak dilafazkan. Ada saja kata2 yang ingin diucapkan. Tapi kerna malu, dipendamkan saja. Ayat2 yang disusun sekadar kedengaran dalam hati sendiri.

Kata orang malu itu bagus. Mungkin. Tapi takkan nak jadi kera sumbang. Dunia nie bukan kita sorang. Perlu ada teman. Perlu bermasyarakat. Kalau tak kamu akan terikat.

Kadang2, kita rasa pemalu tapi pada orang sebaliknya. Mungkin sebab malu itu bertempat. Pada orang tertentu. Mengikut masa dan waktu.

Aku. Rasanya bukan spesis yang pemalu. Sepatutnya lah. Sebab dalam kelompok kawan2 yang rapat, aku banyak bercakap. Cuma bila bersama mereka yang lebih berumur, berpangkat, berlainan jantina, aku mudah jadi kelu dan lebih suka membisu. Keluarga awek che'gu pun dah perasan. Aku nie banyak diam.

Masa cuti raya tempoh hari. Kat umah awek che'gu. Aku dok sarapan sorang2. Sambil baca surat khabar kat meja makan. Awek che'gu sibuk dok basuh pinggan. Datang adiknya yang sorang. Turut serta makan. Lama aku fikir. Ayat diatur dan diulang2. Dalam kotak fikiran. Beranikan diri. Aku mula bersuara. Sedikit perlahan. "Hmm...bila kuliah sambung balik Ani". Cuba nak buka topik perbualan. Nak hilangkan malu antara keluarga awek che'gu.


"Err... saya Ida la bang Kemat"
Cheh. Camner lak leh tersalah orang. Adik2 awek che'gu yg 2 orang tu punyai muka yang hampir sama. Selalu aku confuse yang mane satu antara mereka berdua nie. Alahai. Malu-malu.

32 ulasan:

  1. HAHAHAHA...
    mentang2 awek che'gu ade dekat2...
    terus tershasul..

    BalasPadam
  2. haha... mmg patut malu pun.

    rasanya tu permulaan yg bagus...

    kenapa tak sambung cam ni je lepas tu...

    "la memang nak sebut Ida tadi"..:D

    BalasPadam
  3. kuangkuangkuang... nama adik ipar pun boleh ker? isk...
    nasib baik tak sebut nama awek lama ke... hahaha!

    BalasPadam
  4. Hahahahha, lawak sungguh, kamu nih kalut ka?

    BalasPadam
  5. huwahuwahuwa...relakslah, jgn stress, ko byk sangat berfikir, atur strategi..take it easy la bruder...kekekek

    BalasPadam
  6. ekekek..
    pemalu kah abg kemat neh?
    aiyoohh..
    ape lah dak ida tu ckp dlm ati ek?
    :p

    BalasPadam
  7. aku pon slalu camtu.. bila terserempak ngn boss kat toilet.. aku tak tau nak tnye soklan pe lagi ea.. asik2 tanye pasal anak dia.. alahai.. kelu lagi tadi...

    BalasPadam
  8. mende??
    Kemat pemalu?????
    ntah la.
    tetiap kali jumpa akak, bising je akak tengok..;p

    insiden awk silap sebut nama Ida tu takleh nak relate dengan kepemaluan awak..
    tu sebenarnya kena relate dengan kegabraan awak patutnya..ehehehe.

    BalasPadam
  9. hihihihihi

    satu cerita yg menarik ni..

    BalasPadam
  10. hahha...mcm ni parah parah...

    hahha

    BalasPadam
  11. mujur tak...

    eh.. saya awek che'gu lah bang... kekekeek...

    BalasPadam
  12. sian kemat...
    takper amik masa..
    tiara nih dh 3 tahun pun..malu2 ayam lagik

    BalasPadam
  13. sama lah macam aku... pemalu bila kat umah mertua.. aku cuma kontrol remote astro jer bila kat sana hahaha

    BalasPadam
  14. Kau terlalu berfikir pasal nak bercakap. Itu sebab jadik mcm tu.

    BalasPadam
  15. alamak.. jadik betul2 malu... alahai....

    BalasPadam
  16. hahaha.. en kemat ni lawaklah.. ;p

    BalasPadam
  17. tyrexia:
    heheh

    acik aminbakish:
    aku mudah mati kutu

    mudin:
    muka nak seiras dude

    azhar:
    aha..memang kalut la..

    wann:
    bila kamu nak ader blog sendiri nie..teringin nak baca catatan kamu

    naonano:
    saya melayu yang pemalu

    skidg8:
    hehe

    tz:
    mesti bos kamu fikir kamu ambil berat pasal anaknya..selalu tanya

    kak ungku:
    dua2 ada... malu + gabra..

    ise:
    nanti kamu juga akan alaminya

    13 may:
    heheh

    pa'chik:
    kalau itu tersalah alahai tak tahulah...

    tiara:
    sama la kita.. ada apa2 tips

    lan rambai:
    dah kontrol remote astro kira tak malu dah..hehe

    samurai:
    aku rasa la...betul gak tu

    maksu:
    alahai...

    achik:
    ada bakat badut kah..

    BalasPadam
  18. ahahaha..
    nasib baek la tersasul nm adek ipar..
    kalu tersasul nm awek che'gu, ntah jd ape la gak nye ek?

    BalasPadam
  19. hehehe....malu tapi mahu :p

    BalasPadam
  20. Hahak!

    Tershashul ek incet kemat.
    Naseb tak tershashul sebut nama awek chegu ngan nama lain :p

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  29. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  30. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  31. brandal lokajaya & akirasuri:
    tersasul nama awek che'gu ngan namqa2 lain bakal mengundang masalah besar tu..

    sheerina:
    malu2 kucing...

    spam:
    apehal la korang sibuk nak borak kat blog aku nie, gi la lepak kat kedai kopi ker..

    BalasPadam