Jumaat, November 02, 2007

Luka

Mak pernah berkata. Bingkai kaca perhiasan itu sangat bermakna buat dirinya. Biarpun ia cuma bingkai biasa. Namun ada sesuatu yang istimewa di sebaliknya.

Dah lama aku lihat bingkai kaca itu di bawah. Seaakan tidak dipedulikan. Maka, atas niat ingin mengembalikan semula kenangan dan keistimewaan bingkai kaca itu, aku ingin gantungkan ia semula. Di tempat yang tinggi biar semua mata dapat menatapi.

Mula2, dibersihkan bingkai kaca itu dari sawang dan debu yang melekat. Dan semakin bersinarlah pantulan biasan dari bingkisan kaca itu. Dan kerja-kerja mengantung dimulakan.

Entah bagaimana, bingkai kaca itu terlepas dari genggaman. Jatuh. Pecah. Berderai.

Jari dan tangan aku luka. Aku tak endahkan. Kerna aku dapat melihat hati emak lebih terluka tatkala mengemas dan mengutip sisa kaca yang bertaburan.

Kesal. Aku hanya mampu mohon kemaafan dari hati dalam diam.

17 ulasan:

  1. kdg2, niat baik kita x selalu berjalan seiring rencana.

    BalasPadam
  2. accidents do happen, Encik Kemat.

    BalasPadam
  3. mudah-mudahan mak en. Kemat faham niat en. Kemat yg murni tu.

    BalasPadam
  4. OOoohh! ...

    Gantikan dengan doa yang berpanjangan untuk bondamu.

    BalasPadam
  5. mmmm... tak tau nak cakap pe.. tapi kesian mak kamu..

    BalasPadam
  6. pernah merasainya...

    BalasPadam
  7. takper nnti beli yang baru.. bingkai kaca tu dh tak ikut peredaran zaman kut.. tuh sebab letak bawah..

    nanti gi kat litle egypt ada banyak or gi NILAI 3 murah2 lagik and cecantik

    BalasPadam
  8. aiyookkk, kenaper ni? dun wori, saya rasa mak awak cuma tolong bersihkan sebab tak mahu awak lebih terluka... percayalah... mak awak tak de ler sedih sangat, apa sangat harga bingkai kaca dengan tubuh badan anak kiter (eh.. emosi plaks mak su ni)

    BalasPadam
  9. kesian..inisiatif yang baik tapi jadi yang sebaliknya..

    benda nak terjadi..nak wat camner..sabajerlah..

    BalasPadam
  10. pernah juga buat benda yang sama dengan bunga kristal ibu...sangat rasa bersalah sampai hari ini...

    BalasPadam
  11. kesian Kemat kena kaca..dah letak ubat kuning?

    takpe la. dah janji sampai kat tangan awk frame tu nak pecah..
    dalam dunia ni memang takde benda yang baka' kecuali Sang Pencipta..ingat tu.

    BalasPadam
  12. isk.

    sedih.

    sabar eh.

    takde yg kekal kecualiNYA...

    BalasPadam
  13. brandal lokajaya:
    huhuhu

    azhar ahmad:
    terasa bersalah aku

    iman mawaddah:
    :(

    wann:
    :(

    acikaminbakish:
    moga2

    bunga rampai:
    baik...

    tz:
    :(

    chentahati:
    rasa serba salah kan..

    tiara:
    litte egypt mahal tu..takperlah untuk ibu

    maksu:
    tq

    hani:
    huhuhu

    kak ungku:
    tima kasih

    skidg8:
    kamu jgn buat begini ek...

    BalasPadam