Isnin, Jun 11, 2007

Kenduri Kahwin


Syukur. Segala yang dirancang telah diperkenankan oleh-Nya. Sehingga kini, aku masih tak pasti perasaan sebenar ketika ini. Perasaan sejak kali pertama berjabat tangan di atas bantal. Perasaan sejak bergelar seorang suami. Gembira, debar, suka, terharu silih bertandang. Yang pasti, aku terasa seperti orang yang baru. Bukan seperti dulu.


Walaupun tak seglamour perkahwinan Pak Lah dan Jeanne Abdullah, majlis yang diadakan cukup meriah. Penuh kenangan indah. Terciptanya sejarah. Buat Kemat dan Awek Che'gu. Yang sehingga kini masih malu2. Hehehe.


Terima kasih pada kawan2 yang datang. Jua yang berkirim salam pada teman minta disampaikan. Yang berbicara menerusi telefon, mengucapkan salam menerusi emel, ym dan ucapan tahniah di blog ini. Oh ya, pada yang menghantar sms juga. Terutamanya pada malam harinya. Terima kasih semua. Kerna sudi berkongsi peristiwa gembira ini bersama-sama.


Pagi itu, 02.06.07, aku terjaga awal dari biasa. Entahlah. Malamnya tidur aku seakan tak lena. Selepas solat Subuh, awal2 pagi aku dah siap berbaju melayu putih bersama songkok baldu hitam dan samping songket. Sedara mara dah mula mengusik2. Bukan tak sabar tapi aku berdebar2. Amat. Teramat sangat.


Sepanjang perjalanan, aku beristighfar banyak2. Moga dipermudahkan. Moga segalanya lancar dan teratur. Dan kami sampai tepat pada masanya. Seperti yang dijanjikan. Dan mata2 mula memandang2. Tercari2. Inilah rupanya akan gerangan. Raja sehari yg diperkatakan tetamu yang diundang.



Aku kira Tok Kadi bijak memainkan peranan. Mententeramkan perasaan. Mengurangkan debaran. Dan kelibat manis wajah Awek Che'gu menguatkan keyakinan. Sempat juga aku meninjau2 keluar, mencari kelibat rakan opis. Dan kehadiran mereka aku kira cukup melegakan. Pada saat aku mula berjabat tangan. Dengan bapa mertuaku untuk dimulakan akadnya. Pada lafaz yang kedua, Kemat dan Awek Che'gu sah bergelar suami isteri.


Sebaik sahaja selesai doa dan ikrar pengantin, dan bersalaman dengan keluarga dan tetamu yang datang, aku tinggalkan seketika suasana kegembiraan itu. Tunaikan solat sunat tanda kesyukuran. Dan berdoa agar rumahtangga yang baru didirikan berkekalan kebahgiaan.




Kami bertukar hantaran. 5 dibalas 7. Cincin disarungkan. Mas kahwin diberikan. Dan acara santapan terus dimulakan.


Keesokannya. Sekali lagi kami diraikan. Paluan kompang dan selawat pengantin sebelum acara makan2. Ada udang. Ikan. Kerabu perut, acar limau, ayam panggang, daging masak hitam, gulai kawah batang pisang. Aku cuma memandang. Menjamah sedikit agar tidak kelaparan menjelang petang.

Ramainya kawan2 yang datang membuatkan aku semakin riang. Member2 opis dan bos2 hadir memberikan sokongan. Sedikit terkilan, tak sempat nak disapa semua orang. Maaflah kalian.


Akhir kalam. Kemat dan Awek Che'gu dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih pada semua.

Pada kaum keluarga saudara mara.
Pada jiran2.
Pada mereka2 yang bertungkus lumus, bergotong royong masak, membuat persiapan.
Pada kawan2 dan bos2.
Pada kawan2 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.
Pada kawan2 Matrikulasi UKM, Kolej Negeri.
Pada kawan2 Fakuti Kejuruteraan UKM.
Pada kawan2 bloggers.
Pada kawan2 yang ditemui sepanjang aku menelurusi jalan kehidupan ini.
Pada semua yang telah menjayakan, memeriahkan dan mendoakan perkahwinan ini.


Terima kasih semua.














30 ulasan:

  1. Tanpa NamaJun 11, 2007

    hadiah yang aku bagi tu,dah boleh guna ke belum?

    BalasPadam
  2. tahniah incet kemat dan isteri :)
    mudah-mudahan berbahagia hingga ke syurga :)

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaJun 12, 2007

    cunnya.... :D

    Semoga berbahagia ye...

    BalasPadam
  4. tahniah kemat, semoga murah rejeki

    BalasPadam
  5. Kemat, semoga menjadi seorang suami yang soleh... jalan masih panjang.. apa2 pun.. selamat pengantin baru.. senyum-senyum smpai telinga ek.. hihihi..

    BalasPadam
  6. Tanpa NamaJun 12, 2007

    tahniah kemat & aweq chekgu.
    semoga kekal hingga ke akhir hayat.. ;)

    BalasPadam
  7. a'kum,selamat pngantin baru..moga kekal ke anak cucu..

    BalasPadam
  8. Tahniah kemat! semoga berbahagia & berkekalan akhir hayat..dan diberkati di dunia & di akhirat..amiin:)

    chop!encem la pulak kemat.manis aja cikgu nahdiya:)

    kemat nampak lain.rasanya, pakai spek kan?
    oppss!bocor rahsia...

    sorry:)jgn mare pengantin baru...

    BalasPadam
  9. semoga berbahagia ke akhir hayat..amiin

    BalasPadam
  10. hmmm.. apa motif ko tunjuk gambar katil pengantin tu ek.. hahahaha..... selamat pengantin baru dan selamat berpuasa hahahahaha

    BalasPadam
  11. wah, berseri seri encik kemat dan awek che'gu...

    moga berkekalan.

    BalasPadam
  12. WAH!!! TAHNIAH!!

    Makin besar tanggungjawab bila dah jadi ketua keluarga. Semoga dipermudahkan kehidupan kamu dan isteri yang come lote tu. :)

    BalasPadam
  13. katil tu cadarnya sangat cantek! jelesnye...huuu. err..beli kat ne?

    awek che'gu sangat cantek jugak..sepadan la tu. macam pisang eh, pinang dibelah dua..

    Selamat Menjalani Kehidupan Berdua

    Enjoy your Marriage!

    BalasPadam
  14. selamat pengantin baru. moga bahagia ke akhir hayat :-)

    BalasPadam
  15. salam,

    wah!..

    berseri2.. semoga bahagia kesyurga..

    udang tu.. ada lagi tak?..

    (",)

    BalasPadam
  16. Salam,

    Alhamdulillah, selamat semuanya.

    Sekali lagi ucapan Selamat Pengantin Baru untuk kedua-dua mempelai.

    Moga rukun damai berkasih sayang hingga ke hembusan nafas terakhir.

    TAHNIAH!

    BalasPadam
  17. salam enchek kemat

    didoakan semoga Enchek Kemat menjadi ketua keluarga yang soleh disamping awek che'gu yang solehah dan diberkati dengan zuriat yang baik-baik hendaknya amiiinnn.....

    BalasPadam
  18. hehhehe..nape bilik tu kosong..lalallalalalla

    BalasPadam
  19. Tanpa NamaJun 13, 2007

    Tahniah!!!

    BalasPadam
  20. rs terharu baca..
    tak pasti samada sy sempat mengabadikan kenangan perkahwinan dlm blog seperti kamu.
    apapun, tahniah sekali lg :)

    BalasPadam
  21. tahniah En. Kemat.....menarik sungguh katil itu:)

    BalasPadam
  22. Hatim.. Selamat Pengantin Baru

    Aku- sama fakulti ngan ko dolu2 tapi different course- mech..

    housemate dayat

    BalasPadam
  23. Tahniah En. Hatem dan Pn. Nahdiya. Ayat dalam blog pun dah serius je bunyinya. Takut makcik nak melawak .... tengok muka lagi gerun, tak sengih langsung. macam hang tuah!

    BalasPadam
  24. Tanpa NamaJun 13, 2007

    Wah! meriah sungguh kenduri kahwin, Encik Kemat. Tahniah!

    Macam pinang dibelah dua, segak dan cantik kedua mempelai, saya tumpang gembira.

    Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

    p.s. Gulai kawah batang pisang mcm mana rupanya tak pernah makanlah, ape rasa ek?

    Cadar katil cantik, saya berkenan.

    BalasPadam
  25. Tanpa NamaJun 13, 2007

    tahniah en kemat dan awek che'gu.

    moga berbahagia :)

    BalasPadam
  26. neeziee:
    malu la bang

    akirasuri:
    terima kasih untuk doa kamu

    sikenit:
    tq

    kingbinjai:
    terima kasih dude, call tempoh hari

    akubukan bidadari:
    tak sabar nak praktik ilmu kamu..heheh

    cikin:
    tima kasih

    disiniduniaku:
    terima kasih

    skidg8:
    sekali sekala tukar penampilan

    zwitt:
    amiinnn.

    lanrambai:
    puasa... huhuhu

    tyrexia:
    terima kasih

    izinni:
    yea..tanggungjawab itu makin besar nampaknya

    kurekuredalam perahu:
    cadar pinjam jer tu

    aeyjay:
    thanks

    bungarampai:
    tq..

    banggugar:
    udang dah abis kene rembat

    khairyn:
    terima kasih banyak2 kawan

    noushysyah:
    maner leh tunjuk gambar ader orang censored..hehe

    mudin:
    thanks

    anne:
    saya harapa dapat baca coretan kenduri awak pulak kat blog...kahwin la cepat2

    13may:
    thanks

    lela:
    terima aksih..aku masih ingat dan kenal kamu..datang la selalu ek

    makcik anne:
    serius ek..ingat dah cukup senyum dah..anyway..tq

    juss-wan:
    gulai batang pisang menu istimewa dari Baling..best bangat

    cik kema:
    trima kasih

    BalasPadam
  27. Tanpa NamaJun 14, 2007

    tahniahhhh, dah melangkah ke fasa baru =)

    BalasPadam
  28. selamat pengantin baru. entri ni layak menerima anugerah khas. kategori "my firsttime".

    BalasPadam
  29. haha. tahniah. sori tak dapat datang. sebab.. erm.. kau tak jemput. howye!

    BalasPadam
  30. tahniah cik kemat...

    lawa sungguh katil tuh..! heheheh!

    BalasPadam