Selasa, Mei 15, 2007

Selamat Hari Guru

Sudah berapa ketika awek che'gu itu diperkenalkan kepadanya. Namun dia masih diam seribu bahasa. Cuma minum dan makan. Dan minum lagi. Kerna itulah yang dapat mententeramkan hatinya ketika itu.
Dalam kepayahan, cuba tidak ingin bersikap dingin, dia cuba memulakan perbualan.
"Errr.. kat maktab amik KPLI kan" soalan yang sudah diketahui jawapan. Biasalah. Mungkin mamat tu tengah gabra atau masih malu2 lagi.
"Ya" balas awek che'gu itu lagi.
Senyap lagi. Untuk beberapa ketika.
"Hmm.., untuk mengajar nanti ambil subjek apa". Kali ini, dia bertanya dengan yakin. Sedikit yakin. Soalan yang ditanya juga sedikit bernas. Berbanding tadi.
"Kimia"
"Oooo.. nanti mengajar sekolah rendah ker sekolah menengah". Laju jer dia bertanya soalan itu. Mungkin sebab dia semakin yakin.
Suasana jadi sepi seketika sejurus selepas soalan itu diutarakan.
Diam. Mamat itu.
Ketawa kecil kedengaran di hujung senyuman yang ditahan2 itu. Awek che'gu.
Aiseh. Itu la. Excited sangat. Maner ada subjek kimia kat sekolah rendah. Muka mamat menampakkan warna kemerah2an. Malu. Kerna peristiwa itu. Tapi, awek che'gu masih dengan senyuman.
"Kelakar juga mamat ini"
Dan disitu... segalanya bermula.
'SELAMAT HARU GURU AWEK CHE'GU'

18 ulasan:

  1. Kemat,
    Bila sebenarnya hari guru? Hari ni ke esok? Aku ada la dgr lawak pasal hari guru kat Era pagi ni... Tapi Si Khairil kata hari guru sebenarnya esok..

    BalasPadam
  2. hari ni hari belia..jadi, marilah kita bergotong royong membersihkan ofis, rumah dan surau taman perumahan kita..ok kemat? jom!

    BalasPadam
  3. =)) Kemat the mongek

    BalasPadam
  4. minnie:
    hari guru maintain 16hb MEi..wishh awal...esok kne gi Langkawi la..

    kurekuredlmperahu:
    bukan ker maksudnya belia2 leh cuti rehat hari nie sempena hari belia..hehe

    BalasPadam
  5. 16 Mei Hari Guru..ehem2..;)

    BalasPadam
  6. Tanpa NamaMei 15, 2007

    'Awek GuRU' merangkap bakal isteri kan..kan..kan..kan..kan..:D

    BalasPadam
  7. hahaha.... dpt awek cikgu rhopernyer.....

    BalasPadam
  8. Tanpa NamaMei 15, 2007

    hebatnye 'ayat' kemat

    BalasPadam
  9. tu citer pasal awek die le tu cewah

    BalasPadam
  10. Tanpa NamaMei 16, 2007

    selamat hari guru.....

    BalasPadam
  11. klasik sungguh cara mengayat tu..

    BalasPadam
  12. Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!

    PERTAMA
    Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

    KEDUA
    Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

    KETIGA
    Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

    KEEMPAT
    Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

    KELIMA
    Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya

    KEENAM
    Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

    KETUJUH
    Percayailah cinta pandang pertama.

    KELAPAN
    Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

    KESEMBILAN
    Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

    KESEPULUH
    Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

    KESEBELAS
    Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

    KEDUA BELAS
    Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

    KETIGA BELAS
    Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

    KEEMPAT BELAS
    Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

    KELIMA BELAS.
    Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

    KEENAM BELAS
    Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

    KETUJUH BELAS
    Berpeganglah kepada tiga R:
    -Rasa hormat pada diri sendiri;
    -Rasa hormat kepada orang lain;
    -Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

    KELAPAN BELAS
    Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

    KESEMBILAN BELAS
    Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

    KEDUA PULUH
    Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

    KEDUA PULUH SATU
    Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

    BalasPadam
  13. selamat hari guru awek che'gu..

    BalasPadam
  14. Tanpa NamaMei 16, 2007

    selamat hari guru bakal isteri en kemat...

    *persal aku xdpt kad jemputan?

    BalasPadam
  15. Tanpa NamaMei 17, 2007

    yeh!selamat hari guru pada semua guru & pada che'gu nahd.. eh.tertaip lak. sorry kemat.
    hehe.. tak marah kan? jgn marah..ta baik tau..:p

    BalasPadam
  16. Tanpa NamaMei 17, 2007

    kemat yang menpunyai awek seorang che'gu ;)

    BalasPadam
  17. cinta:
    :))

    zwitt:
    banyak dapt bunga

    anonymous:
    err..err..heheha

    azhar:
    heheeh

    anonymous:
    tu, baru ckit tu

    tedungS:
    heheh

    benggong:
    ko tak wish kat cikgu kita ke si neeziee tu

    madulebah:
    cara lamer

    sunanjati:
    thanks

    achik:
    :)

    Cikin:
    nnati saya email..kasi add

    kingbinjai:
    : )

    skidg8:
    apesal awal2 dah kantoi nie..hikhik

    cikkema:
    : )

    BalasPadam