Jumaat, April 20, 2007

Lari

Minggu lepas, ari minggu.... tak macam ari minggu, minggu2 yang selalu. .. Ari minggu, minggu2 yang selalu, aku sambung tido sampai matahari sedikit tinggi. Biasanya selepas abah gerak untuk Subuh, aku berhijrah sambung tido dari depan tv ke bilik kecil bujang itu selepas menunaikan solat Subuh.

Tapi minggu lepas, rutin sedikit berbeza.

Minggu lepas, ari minggu, lepas Subuh, aku bergegas ke Damansara. Dengan seluar track panjang, kasut futsal dan t-shirt pagoda, aku dah bersedia nak mulakan sebuah larian. Menjadi pelarian kepada sebuah acara larian BHP the Orange.

Dah lame sebenarnya aku tak join acara berlari ramai2 nie. Entah tiba2 bersemangat pulak nak sertai aktiviti cenggini. Mungkin terpengaruh dengan mereka2 yg dapat title Datuk dengan berenang, jenjalan kat kutub dan meredah lautan gelora. Tapi setakat lari 9km memang la tak kan dapat title Datuk. Kurang2 berlari keliling Msia ker.. tp kne la praktis ngan jarak pendek cam 9km nie.

Aku tak sangka dapat habiskan gak acara larian nie. 9 km tu. Walaupun sebenarnya aku cuma lari 5 km, lagi 4 km tu jalan2 sambil borak ngan peserta pompuan yang dah tak larat nak berlari. Paling best, dapat sebijik beg galas + beberapa cenderamata mini sebab tamatkan larian. Kira ok la tu.

Ingat lepas nie, nak join Big Walk plak. Ape kata korang ikut aku sekali. Jenjalan sesambil makan angin kat Dataran Merdeka 29 April nie.

p/s : Satu2nya kasut sukan yg aku ader adalah kasut futsal pasar malam tu. Belasah je la walau sakit tumit sebab tapak dia nipis sangat.

20 ulasan:

  1. waaa ...semangat nak sembang sebenarnya tu. hehehe

    BIG WALK?! hmmm cukuplah mengcover bendalah tu dulu ... besides rasa macam tak nak jumpa orang MM dalam waktu terdekat ni. hehehhe .. tapi part paling best time biggie .. dapat goodie bag yang lebih2 tu, t-shirt pegawai ... ada 10 helai dalam collection tapi semua tak buleh pakai sebab lengan pendek. huhuhuhu

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaApril 21, 2007

    nk join gak.
    x der gambo ke kemat. leh usyha2 awek kt dlm tu.
    ekekekeke

    BalasPadam
  3. cayalah!! 9km tu.. lama giler x join benda2 camni.. last masa zaman sek men dulu je kot.. tu pun merentas desa je pun.. huhuhu ;p

    BalasPadam
  4. Lain kali bawak kemera la kemat. Sambil jalan-jalan sambil snap gambar awek

    BalasPadam
  5. wah! semangat semangat!!!

    BalasPadam
  6. hahaha... saya cadangkan masuklah Biggie (The Big Walk). Best. Jalan 10km tu tak de menda, walaupun sakit dari pinggang ke bawah, tapi tetap best.

    first time masuk in 2005 lepas beberapa bulan antar surat resign kat opis.

    izinni,
    t'shirt pegawai tu pak aku buat guna pi motong. hahahaha. Sekarang tinggal 3 4 lai je

    BalasPadam
  7. Tanpa NamaApril 21, 2007

    wah! ini acara senggang sebelum bernikah ke? aktiviti meningkatkan staminakah? ha ha ha.

    berlari-lari sangat serunut! lagi pula kalau sambil lari sambil boleh cuci mata kan.

    ha ha ha.

    BalasPadam
  8. Cayalah...

    Big walk tu nanti lebih prestij, lebih ramai selebriti termasuk kau...he he he......

    BalasPadam
  9. sekarang ni, kalau nak lari sepajang 9km tu, muntah kaler apa tak tau la aku...

    BalasPadam
  10. Tanpa NamaApril 21, 2007

    join big walk tu dapat baju free tak?? hehe..

    BalasPadam
  11. penat la lari weh! aku suka duduk

    BalasPadam
  12. salam,
    lari...
    terai la buat larian kawin plk.. bhsa mudahnya kawin lari..hehehehe
    (",)

    BalasPadam
  13. Bigwalk... Alahai lama tak join... Dulu masa badan bukan belon.. join gak....

    BalasPadam
  14. dah lama aku tak berlari larian.. malas rasanya eheh

    BalasPadam
  15. Tanpa NamaApril 22, 2007

    ok kemat. kita jumpa di dataran.
    walaupun tak daftar big walk...:)
    eh,boleh ker?

    BalasPadam
  16. Tanpa NamaApril 23, 2007

    waa..bersemangat sungguh incik kemat ni ekk. penah gak join aktiviti camni. tp xmenang pon. excited sbb bleh dpt mcm² je. heheh.. :D

    BalasPadam
  17. aku dah terlalu berat untuk berlari2..dapat ku bayangkan betapa huduhnya melihat lemak2 ku yang bergoyang semasa berlari-larian..huuuu...

    BalasPadam
  18. Tanpa NamaApril 23, 2007

    Waaa... hebat aaa.
    Aku kalau join big walk cenggini aku suka tengok semangat orang tua tua yang berlari tu. Punyala semangat.

    BalasPadam
  19. Tanpa NamaApril 23, 2007

    YEAH! GO, KEMAT GO!..sorak kasi semangat.

    Waktu sekolah dulu, lari cross country macam nak pengsan dibuatnya, berangan nak dapat piala, bila sampai di garisan penamat, muntah semua isi perut..serik betul!

    BalasPadam
  20. izinni:
    kasi kat saya la t-shirt tu

    ise:
    tak larat nak berlari sambil bawak kamera

    achik:
    lari slow2 jer achik

    payakubor:
    akan dipertimbangkan

    13may:
    majulah sukan utk negara

    khairyn:
    wah, kamu pun ada t-shirt lebih..mintaaakkk...

    akirsuri:
    nak kne bina stamina nie

    blackpurple:
    aku selebriti..tidak..selebet ada la

    pa'chik:
    tahan..tahan..jgn muntah dulu..kat depan ade awek cun tu

    penyubiru:
    dapat baju, tapi kamu bayr yuran 10 hinggit, kita tak berapa free laa..

    kingbinjai:
    duduk lama2 lenguh gak king

    bang gugar:
    kahwin lari... letih tu, sampai ke siam

    azhar:
    skrg pun boleh lg la bro

    lindosh:
    ini kira bersenam la nie

    skidg8:
    kamu sediakan air banyak2 ek..

    cikin:
    jom sekali lagi

    kurekure dalam perahu:
    masih boleh..kita jalan slow2 laa..

    mazudi:
    aku suka tengok anak gadis, mereka juga bersemangat dan menaikkan semangat aku juga

    juss-wan:
    chaiyyok.

    BalasPadam