Rabu, Februari 28, 2007

Cerah Itu Mesra, Gelap Itu Kuasa

“Ngko kne pakai baju kaler cerah cam kaler putih. Baru la orang tak takut nak berkenalan. Baju kaler gelap cam kaler kelabu ni kalau nak masuk meeting boleh lah. Kaler gelap menampakkan tanda penguasaan. Kaler cerah melambangkan sikap keterbukaan” hujah Dayah, kawan lamer aku yg jadi perunding imej tak bertauliah ke atas penampilan aku nie. Dayah tak pernah lokek nak turunkan ilmu memikat pompuan.

Pagi tu, sbb aku tak menghadiri mesyuarat, aku tak masuk mana2 sesi perdebatan, aku berkemeja putih lengan panjang dan seluar hitam polos ke pejabat. Tiada apa yang menarik dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Aku pulang kerja agak awal. Tapi hujan lebat menyukarkan pemanduan. Aku lencongkan kereta ke kompleks membeli belah berdekatan.

Sekalipun tiada pesta jualan murah, aku kira jumlah pengunjung agak ramai. Mungkin ini bukti ekonomi negara kita sudah kembali pulih. Atau mereka juga seperti aku, tumpang berteduh seketika.

Alang2 dah tersangkut kat sini, sajer aku usha kemeja pejabat. Dah 2 helai kemeja aku rosak dek penangan seterika. Sedang aku membelek baju yg sesuai, terperasan ada awek dok senyum kat aku. Berbaju kurung dan beg tangan persis gaya seorang cikgu. Aku terperasan ada tanda nama di dadanya. Tapi aku tak cuba membaca takut disalahertikan pula pandangan yg aku lemparkan nanti tatkala skodeng namanya didadanya.

Ketika aku cuba bergerak meninggalkan lokasi pertemuan tadi, dia segera memanggil sambil melambai2 tangan padaku. Huh, hebat juga ilmu kamu Dayah. Baru sekali pakai baju cerah dah ader awek tegur.

Dan awek itu tanpa segan silu terus bertanyakan padaku, ”Err... harga yang tertulis kat tag nie dah discount ke belum”. Aiseh, dah macho camni pun dia ingat aku salesman ker.

Aku hanya tersenyum. Dan kali ini aku cuba mengamati namanya di dadanya.

28 ulasan:

  1. hahaha. Apekah namenya gadis manis itu?

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. bukan warna menjadi ukuran, tapi brandnya.tak percaya, tanyalah wanita!

    tahniah kat Dayah yg telah menyengatkan ko!

    BalasPadam
  4. credit to 'Dayah' sebab berjaya membuat org lain 'nampak' kewujudan ko .. hehehhe

    ** gagal skali bukan bermakna gagal terus.. teruskan usaha memakai baju cerah.. mana tau kali ni 'sangkut'

    BalasPadam
  5. hihi..klakar la kemat nih..

    BalasPadam
  6. muhahahaa...
    aku pon penah kena kat sogo...
    time aku pakai tshirt kaler maroon (ala² merah)...
    ade ke patut ade sorg cina tu ingat aku salesgirl..hampeh!

    BalasPadam
  7. hahaa..en kemat, entry ni takde tajuk ye?

    BalasPadam
  8. miahehe... en. kemat yg semart :p

    BalasPadam
  9. aku pun sama, masa tengah ceduk nasik kat kedai makan tetiba ada sorang brader kat belakang mintak nasik sepinggan...

    BalasPadam
  10. ko pun nak jadik cam bukunota ye, suka tengok nemtek.

    BalasPadam
  11. ha ha ha. sudah macho lagi bergaya, tapi disangka salesman pulak. huhu kena usaha gigih lagi ni :p

    BalasPadam
  12. Jangan mengaku kalah encik Kemat.

    Mungkin selepas ini warna-warna pastel pula menjadi pilihan?

    Lelaki metroseksual gitu!

    BalasPadam
  13. Nguahahhahah... Kamu mmg ada gaya!

    BalasPadam
  14. kalo nk ngorat, pompuan suka tgk lelaki pakai uniform n baju melayu.. huhuhu walaupun muka tak hensem tapi kalo dh pakai dua jenis baju tu rasa sedap jer nak memandang..cubalah..

    BalasPadam
  15. ala ko tgk je lame2 kat name tag die tu, bleh nampak mende2 lain heheh

    BalasPadam
  16. Betul kau tak ada maksud lain masa kau tengok dada dia tu..?

    BalasPadam
  17. hahha...sebenarnya dia nak ngorat kamu tu:D

    BalasPadam
  18. ISE:
    RAHISA..RAHSIA..HANYA AKU JER YG TAU..

    achik:
    hihihi

    faridt:
    ko arif benar ttg hati pompuan, leh jadi tok guru aku nie

    ezatulhaq:
    wah, knapa smua ayik puji Dayah nie..

    skidg8:
    saya cuba nak jadi penghibur pada sesiapa yg sudi

    cikin:
    lor..aku ituari nampak ngko kat sogo gak, memang nak tegur, tapi malas nak ganngu ngko tengah keje..hehe

    zwitt:
    entri nie, buat dalam keadaan kelam kabut sebelum gi Penang kelmarin

    zwitt:
    hikhik

    benngong:
    mungkin ko ader gaya kot, err bukan sbg tukang cedok nasik, tapi tokey restoran

    pa'chik:
    cantek nemtek tu..kat maner la dia buat

    akirasuri:
    usaha tangga kejayaan ek..

    khiryn:
    saya rabun warna..err warna2 pastel tu camner

    nor azhar:
    woiitt..

    king:
    heheh

    aku bukan bidadari:
    thanks..leh praktik nie

    tedungS:
    aku cuba nak berlakon sopan itu ari

    blackpurple:
    err..nak kne mengaku ker

    13may:
    aku agak begitu juga..hehhe

    BalasPadam
  19. Tanpa NamaMac 02, 2007

    bagitau la.. sapa nama dia.. haha..

    BalasPadam
  20. Tanpa NamaMac 02, 2007

    hehehehe... sabor jelah...

    Teruskan mencuba sampai berjaya.. :D

    BalasPadam
  21. Tanpa NamaMac 02, 2007

    Plot cerita leh tahan. Ada peningkatan. :D

    BalasPadam
  22. lamakah kamu merenung namanya??

    BalasPadam
  23. Tanpa NamaMac 02, 2007

    hahahahaha! org ingat salesman ek.. saya kalo kuar dr opis pakai uniform keje ni, mmg sah2 org sangka keje kilang.. hampeh jekk.. haha!

    BalasPadam
  24. laaa .. masa memula baca aku terus terfikir sejibik uniform waiter kat hotel .. kaler taik cicak. hehhehehe ...

    BalasPadam
  25. Huhuhu. Aku pun pernah terkena juga. Sejak tu kalau aku singgah kedai pakaian, aku pura-pura belek baju walaupun aku tiada niat untuk membeli.

    BalasPadam
  26. orochi:
    ishh, tak bleh, jaga rahsia nie

    sikenit:
    tak pernah berhenti mencuba nie

    attocH:
    TQ

    ise:
    kjap jer

    wanie:
    nak juga terserempak dgn kamu dalm uniform itu..tentu gempak kan..

    izinni:
    kaler taik cicak..alahai..

    payakubor:
    strategi kamu bagus

    BalasPadam