Jumaat, Februari 23, 2007

Darah Manis

Pernahkan kamu dengar ungkapan darah manis. Ungkapan yang dirujuk kepada mereka yang sedang mengikat tali pertunangan. Yang menghitung hari untuk melangsungkan hari perkahwinan.

Benarkah darah itu manis. Dan kalau manis, sebanyak mana manisnya. Elok ker berdarah manis nie. Atau merbahaya kepada kesihatan. Selain manis, agak2 darah kita nie ada rasa apa lagi, masam, masin, pahit atau ada perasa strawberry, vanila atau coklat.

Sebenarnya, ungkapan ini dicipta bagi menggambarkan dugaan bagi mereka yang memegang status tunang. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Ada saja dugaan yang melanda. Kecil, besar bisa saja mencetuskan resah di jiwa. Sebab itulah agaknya, orang-orang tua tidak menggalakkan pertunangan dalam tempoh yang lama. Sebesar mana dugaan ketika bertunang, lagi besar dugaan ketika kamu bergelar suami isteri.

Jika sebelum ini, sukar benar kamu dirapati oleh teman jantina berlawanan. Jarang benar sapaan kamu dibalas, teguran kamu dijawab. Susah benar kamu ingin memulakan sebuah perkenalan. Sejurus tali pertunangan itu diikatkan, kamu dapati diri kamu jadi perhatian. Ada saja mata yang memandang. Ada saja senyuman yang dilemparkan. Jiwa muda kamu baru bermula. Tak salah sekadar berkawan. Kata-kata manis dari lelaki seperti aku. Dan pasti ramai yang menentang. Yang pasti kaum perempuan. Bagi aku, di sini perlunya kejujuran dan kesetiaan. Cuma hati-hati dalam berkawan. Kerna kadang2 ada gunting dalam lipatan. Ada api dalam sekam.

Manis atau tidak, pertunangan merupakan jalan persediaan ke arah hidup berumahtangga. Tapi pertunangan tidak bermakna segala batasan baik dari segi perbuatan atau pergaulan boleh diabaikan. Tanggungjawab ”rumahtangga” belum bermula.

Pagi tadi, sebelum keluar bekerja, sempat aku mengadu pada mama, ”Darah angah manis kot, semut dok hurung kaki dan badan masa tidur malam tadi. Tak lena dibuat dibuatnya”. Mama menempelak, ”Apa plak darah manis, yang kamu pergi tidur kat ruang tamu tu buat apa, bilik kan ada. Semut tu dok hurung sisa biskut si Haikal anak buah kesayangan kamu tu la. Tak sempat nak vakum karpet tu mlm tadi”.. Oo..ingatkan darah manis tadi...hehehe

"Apalah erti kerinduaan, andai tiada kesetiaan."

30 ulasan:

  1. kalau bertunang sampai 4-5 tahun tak kawin-kawin juga, dah tak manis lagi dah...

    BalasPadam
  2. ntah tak pernah pula aku rasa darah tu

    BalasPadam
  3. tempoh bertunang dan sebelum bertunang, bertunang tu lebih banyak dugaannya.

    BalasPadam
  4. ingatkan kemat betunang td. ke dah? huhuhu

    BalasPadam
  5. mak aih tahan plak kena hurung semut... nasib x kena gigit ;p

    BalasPadam
  6. hurung semut... nasib bek xmasuk dlm telinga... hehehehhe!

    BalasPadam
  7. tambahkan manis dalam senyuman bukan dalam minuman. ;)

    BalasPadam
  8. kalo aku tau,aku sms semut2 tu,suh gigit kemat.woohooo

    BalasPadam
  9. ingatkan dah bertunang!..jgn minum air manis2 sgt..

    BalasPadam
  10. tumpang lalu..

    biar darah manis, jangan kencing manis. Lagi teruk jadinyer nanti

    BalasPadam
  11. assalamualaikum...hehhehe....alahai...darah manis biasanya perempuan yg byk kan...?tp entahla..anyway, abg kemat...kat page ct ade sesuatu untuk abg..jom!

    BalasPadam
  12. kemat, kena hurung semut tu petanda dh dekat nk berdarah manis la tu. hehehe..

    BalasPadam
  13. Salam,
    Darah orang muda memang manis dan panas, sebab itu selalu bergelora.

    BalasPadam
  14. ehem..ehemm..

    kalau sudi, silalah jawab tag saya.
    6 weird things.

    Terima Kasih. :D

    BalasPadam
  15. Betulkah jika dah bertunang mudah dirapati lawan jantina kita. Aku tak percaya. Dan kerana aku tak percaya, aku nak cubalah. Moga-moga ada yang sangkut. Hahaha

    BalasPadam
  16. Huhu...Manis tu penyakit, Pahit itu ubat

    BalasPadam
  17. kalau darah manis org tua tua attack kat bakal pengantin , kalau kencing manis.. DR plak attack kat kaki jer

    BalasPadam
  18. akk tak delah darah manis tapi manis kat senyuman n orangnya sekali..wakakakakaka..(masuk bakul angkat sendiri)

    p/s: kunjungan balas..thx for coming to my blog

    BalasPadam
  19. aku dh 9 thn kawin ni pun masih darah manis lagi heheh'

    adoih adoih

    BalasPadam
  20. bahaya tu.. cepat gi jumpa doktor... hahaha...

    BalasPadam
  21. cheh... ko kan bapak percintaan... darah ko memang sentiasa manisss haha

    BalasPadam
  22. Darah manis tak apa dude jangan kencing manis...!

    BalasPadam
  23. Apalah erti kerinduaan, andai tiada kesetiaan."

    :)

    BalasPadam
  24. Seingat saya, hanya org yang mempunyai kencing manis, yang mempunyai darah manis... Agaknyalah...

    BalasPadam
  25. pa'chik:
    jadi tawar plak ek..

    kingbinjai:
    cuba rasa, maner tau leh ganti gula jika stok abis

    akirasuri:
    yap

    ise:
    jeng..jeng ..jeng

    achik:
    hik..hik..maner tahan ,asyik terjaga jer tido

    sunan jati:
    nasib2x

    khairyn:
    skrg tgh senyum manis nie baca komen awak

    skidg8:
    nasib semut tu tak guna henpon

    zwitt:
    jeng..jeng..jeng

    tok ketua:
    kencing manis minta di jauhi

    pawana malam:
    aiseh , kne tag ker..lariii...

    cikin:
    ye ker..awak dah berdarah manis lum

    bunga rampai:
    tapi darah org muda kat kutub utara sejuk ckit

    sikenit:
    lagii..

    payakubor:
    jom cuba

    bengong:
    :)

    ezatulhaq:
    ooo..cengitu ekk..

    hani:
    teruskan memaniskan senyuman anda

    tedungS:
    kira saham masih tinggi lagi laa

    orochi:
    doktor pun katear dia kene darah manis

    lan rambai:
    nie yg best jadi bapa percintaan nie

    blackpurple:
    syukurlah setakat darah manis jer

    13may:
    kita terus nyanyi

    nor azhar:
    mungkin tidak

    BalasPadam
  26. It's going to be ending of mine day, but before ending I am reading this impressive paragraph to improve my knowledge.
    Here is my website ... borkum riff

    BalasPadam
  27. This article will assist the internet users for setting up new blog
    or even a weblog from start to end.
    Also visit my web-site golden virginia tobacco

    BalasPadam
  28. This website really has all the information and facts I needed about this subject
    and didn't know who to ask.
    Also see my site :: erinmore pipe tobacco

    BalasPadam
  29. Hello, There's no doubt that your web site could be having browser compatibility problems. When I take a look at your blog in Safari, it looks fine however, when opening in Internet Explorer, it has some overlapping issues. I just wanted to provide you with a quick heads up! Besides that, fantastic site!
    Here is my site ; mac baren mixture

    BalasPadam
  30. Hi, i think that i saw you visited my weblog thus i came to
    “return the favor”.I am trying to find things to enhance my site!

    I suppose its ok to use some of your ideas!!
    Here is my blog post Skin cells

    BalasPadam