Jumaat, Februari 09, 2007

Antara Wira dan CLK

Kata orang, bini pertama seorang lelaki adalah keretanya. Kereta adalah segalanya. Sanggup berhabisan ratusan ringgit untuk kereta. Kalau boleh hari2 nak dibasuh kereta itu. Tapi itu ketika dia bujang. Kasih sayangnya pada kereta semakin berkurang. Bila ’si dia’ mencelah mengisi ruang dalam rumah yang bertangga. Dan semakin kurang bila mata mula bercahaya.

Dan kereta kadang2 pandai menunjuk rasa. Merajuk tidak tentu hala. Dulu segalanya ok. Sekarang banyak pulak ia meragam. Bila kasihmu mula berubah. Dari kereta kepada ’si dia’.

Dan wira hitamku, juga merajuk kelmarin. Dan 2 hari sebenarnya. Pemanduan tidak selancar dulu. Kejap2 batuk. Kejap2 tersengguk. Ketidakselesaan pada pemacuan yang ditunjukkan memaksa aku meninggalkan seketika wira itu di rumah. Sementara menunggu doktor mekanik itu merawat, aku beralih kasih pada CLK lama yang kutinggalkan.

Dah lama tidak aku bawa CLK ini merempuh jalan yang jauh. Hari ini, CLK menemani aku ke tempat kerja. Jasa CLK ku tagih kembali. Menempuhi kesesakan kota yang tak pernah sunyi dan sepi. Bukan tak sudi nak kerah kudrat CLK selama ini. Namun, aku lebih suka jika CLK tidak berjalan jauh.

Rajuk dan deman Wira hitam mengorbankan not seratus aku. Adeh.., lari plak bajet bulan nie. Wiraku, jangan kau rajuk lagi. CLK, terima kasih daun keladi.



19 ulasan:

  1. sib baik CLK tu tak merajuk jugak kan...haha..

    BalasPadam
  2. really Cun Loony Kereta la...

    BalasPadam
  3. comey yaa..

    BalasPadam
  4. heh~

    nasib baek isteri no 2 ada ek ;)

    BalasPadam
  5. Huhuhuhuhu, takpe sang kancil yang bijak masih ada. Baik tukar wiaraku kepada wajakun!

    BalasPadam
  6. sib baik CLK tu ada kan

    BalasPadam
  7. bukan kau kata bagi kat mak kau ke?
    woo buruk siku ni..

    BalasPadam
  8. Ya, ya.. tatkala Miss Wira saya terpaksa diserahkan (pilu, sungguh pilu!), saya berpatah balik kepada Mae(l), kancil aquamarine menemankan saya (terharu, terharu!) seketika. Saya kini tak ada kedua-duanya.. Yes to public transportation!

    BalasPadam
  9. dulu aku pakai CLK gak, pastu bg kat inlaw aku pastu kete aku rosak pastu aku pakai blk CLK aku. mmg CLK ni gak yg boleh diharap

    BalasPadam
  10. hehe..brg lama yg berjasa

    BalasPadam
  11. bro,nnt kawen pon ade pasang spare camni ekk?

    BalasPadam
  12. macam pernah aku jumpa clk ni.. tapi dimana yaa.. hehehe

    ehh.. ko dah full time kat kl atau masih di penang lagi ni?

    BalasPadam
  13. aku ingtkan apa bendala clk tu

    BalasPadam
  14. ooo cute little kancil rupanya... ;p

    BalasPadam
  15. pa'chik:
    nasib CLK masih sayangkan saya

    d:
    yap..:)

    skidg8:
    er..saper saya ker..hehe

    akirasuri:
    hai senangnya dalam hati, jika beristeri 2..

    pulut:
    jgn risau, tak penah saya abiakan CLK tu, tiap2 minggu cuci tau

    azharahmad:
    bukan proton waja, proton jawa..hehe

    shimaz:
    CLK masih di hati

    neeziee:
    pinjam balik bro..emergency

    khairyn:
    leh la ramah mesra ngan penumpang lain skali

    tedungS:
    barang lama tetap dikenang dude

    zwitt:
    jgn cepat sgt nak lupakan yg lama

    cikin:
    isshh takdelah..

    lan rambai:
    aku kat KL skrg dude, bila nak lepak skali atau berkali2

    kingbinjai:
    barang baik tui dude

    achik:
    tak nak angkat satu ker

    BalasPadam
  16. wah hampir tertipu aku... aku pun jarang guna CLK, makan minyak katanya...

    cam ada je ;p

    BalasPadam
  17. cinta pertama nih mmg selalunya manis... hihihi

    BalasPadam
  18. Lorrr..itu ke CLK tu kemat..muahahhahaha...mmg tomeyyy...tu Msian made car yea?

    BalasPadam