Rabu, Januari 24, 2007

Kura-Kura

Seekor kura-kura
Asyik berpura-pura
Menunjukkan lagak dan beraninya
Dengan menghulurkan kepala
Keluar dari 'rumah'nya
Mendongak dan melonjak-lonjak
Atas bawah, kiri dan kanan
Pada tika suasana sunyi dan sepi
Pada tika tiada yg menghampiri

Sedangkan
Ketika sekelilingnya hingar dan bingar
Ketika sekelilingnya sesak dan padat
Ia hanya mendiamkan diri
Menyembunyikan diri
Di sebalik 'rumah' keras itu

Seekor kura-kura
Asyik berpura-pura

Manusia di luar sana
Adakah sama juga
Tiada berbeza
Berani tika tiada yg memandang
Pada masa tiada yg mengecam
Sedangkan takut menunduk
Pada tika semua mata memandang

Berani di belakang
Takut di depan
masih mahu mengaku pejuang

Seekor kura-kura
Asyik berpura-pura

13 ulasan:

  1. seekor kura kura
    asyik berpura-pura

    hmm..

    BalasPadam
  2. kura-kura dalam perahu,
    pura-pura tak tahu..

    hmm..

    BalasPadam
  3. kura-kura dalam *kapal,
    pura-pura tak kenal...

    *cobra king

    BalasPadam
  4. kura kura dalam perahu, amat enak di masak tauchu

    BalasPadam
  5. nasihat tuk si kura-kura.. tak lagi berpura, keluarlah menghadap dunia dgn penuh berani.

    BalasPadam
  6. sungguh dalam maksudnya
    terlupa seketika..huhu

    BalasPadam
  7. jadi.. kalau tak nak digelar kura-kura.. kita kena berani lah ekk.. ermmm

    BalasPadam
  8. kurakura..
    akukah kura kura itu?

    BalasPadam
  9. Kura-kura menyorok dalam cengekerang.
    Berpura-pura baik rupanya temberang.

    BalasPadam
  10. kura-kura ku lari gagah berani. ha ha ha.

    BalasPadam
  11. kura kura sakti!

    hmmm....

    BalasPadam
  12. skidg8:
    hmm..

    orochi:
    kura2 tu pura2 tak tahu dia dok dalam perahu ker

    zizie:
    macam ner nak kenal, rupa kura2 nie smua sama jer

    kingbinjai:
    err.. leh makan ker kura2 nie

    anne:
    harap2 ia makin berani

    ise:
    huhu

    lan rambai:
    aku nak terus jadi lipan ..haha

    cikin:
    kadang2 kita semua jadi kura2 tanpa disedari

    blackpurple:
    betul dude

    akirasuri:
    woitt..tukar lagu..marah saripah ani nnti

    13may:
    kat ner jumpa kura2 sakti

    BalasPadam
  13. singa pun pandai pura-pura => kura2.

    BalasPadam