Selasa, Oktober 17, 2006

Syoknya Raya

Hmmm, dah tak sabar rasanya. Lagi seminggu nak raya. Orang kata, time raya nie paling seronok budak2. Depa dok pulun kutip duit raya. Ye ker.. tapi baik tua muda, aku kira semua epi bangat time hari rayer nie. Tambah2 yg dapat cuti lebih balik kg.

Err..camner persediaan raya kamu semua. Raya kat maner thn nie. Aku baju raya, awal2 mak dah siap jahitkan. Kuih raya pun dah berbalang mak aku siapkan. Duit raya utk sedara mara, keluarga pun dah aku asingkan bajetnya dari gaji bulan nie. Harap2, raya thn nie meriah seperti selalunya.

Thn nie, kami beraya di kampung tercinta. Baling, Kedah. Ya, aku anak kelahiran Baling yg penuh sejarah itu. Biarpun cuma pekan kecil, aku bangga jadi anak Baling.



Minggu lepas, balik KL masa weekend, ayah minta aku hiaskan umah ngan lampu kelip2. Ckit jer. Kawasan depan umah. Tapi kamu tahulah, umah aku berkonsepkan "house in teh garden". Nak patah pinggang aku mengalihkan pasu2 bunga yg berat tu untuk kerja2 memanjat memasang lampu kelip2 itu.



So saper2 yg driving jauh2 tu, berhati2 di jalanraya. Usah pandu laju2. Ingatlah insan tersayang. Kang kene saman rugi jer.. (Tipon umah pagi tadi, tanya pasal satu kad raya yg aku tungu2. Kata mak surat untuk aku yg sampai cuma satu. Surat cinta dari kawanku si Sarjan Misai itu. aduh saliha betul.lari bajet raye thn nie)



Raye ke4 aku dah balik KL. So saper2 area Sg Buloh mai la sinngah teratak buruk kami. Ada batang buruk, semperit, tat nenas dan sarang semut jua air sirap daun pandan.

ok. Salam Eidfitri kengkawan. Andai kata ada tersilap kata terkasar bahasa, dengan penuh rasa rendah diri, aku pohon kemaafan.

Jgn lupa bayar zakat tau.

22 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Kemat, berhati2 di jalan raya. :)

    BalasPadam
  2. rasa macam pernah tgk umah ko ni lahh.. umah ko ni belah kiri lepas masjid sg pelong b4 traffic light kan?

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya.. Maaf zahir dan batin.. Sungai Buloh asyik jem jer.. camner aku nak datang... hahaha...

    BalasPadam
  4. selamat hari raya..jgn dpt surat cinta dr Sarjan Misai lg tau..hehe

    BalasPadam
  5. "Ada batang buruk, semperit, tat nenas dan sarang semut jua air sirap daun pandan."
    erk kemat, duit raya xde ke? sg buloh kalu..lalu la kalau nk blk kl...

    BalasPadam
  6. Selamat hari raya incik kemat.. moga selamat sampai ke baling kedah... aku baru 2 kali ke baling hantar adik ipd baling. huhuhu... ok jer.. macam2 ada..

    BalasPadam
  7. oh oh orang baling ek...pesanan penaja:

    jika anda memandu: sila pandu dengan penuh berhemah dan elakkan memandu menggunakan teknik pejam mata. sungguh tidak baek untuk kesihatan.

    jika anda menumpang: sila merapu-rapu bersama 'driver' anda dan pastikan 'driver' anda tidak buat taek mata dan melakukan aksi-aksi stunt di jalanraya.

    Selamat hari raya,
    maaf zahir batin incet kemat...

    nota: saya mahu duit raya :p

    BalasPadam
  8. Dey Tambi! Deepavali vallakam...jiran aku kim salam...eh bos brape byk gula dah ko berjaya beli utk rayer?

    BalasPadam
  9. Wah, seronoknya dia nk beraya! mintak sikit mood tu boleh. hihi.

    'Nak patah pinggang aku mengalihkan pasu2 bunga yg berat tu untuk kerja2 memanjat memasang lampu kelip2 itu..' <-- agaknya mcmtulah abg sy rasa bila kami dok suruh dia cat umah ms dia blk cuti last weekend. kesian pulak.. ish..ish.

    Salam eidulfitri utk kamu juga :)

    BalasPadam
  10. Selamat Hari Raya:)

    ps: Baling kat mana??

    BalasPadam
  11. Selamat Hari raya kemat.

    Baling tu Kedah eek? Hihi.
    Hati hati drive balik kampung.

    BalasPadam
  12. nak kad raya nih..Dr neezie dah sampei nih..Dr org Baling tak sampai2 lg..

    BalasPadam
  13. wah, meriahnya lampu. Nak raya! Nak Raya!

    BalasPadam
  14. Kau orang Baling rupanya...




    Slmt Hari Raya utk kau sefamili..

    Maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran kata-kata samada di dalam entri atau di kotak komen sepanjang berblogging......

    BalasPadam
  15. Selamat Hari Raya Kemat... Maaf Zahir & Batin. Makan kueh raya jgn lupa member2..

    BalasPadam
  16. Assalamua'alaikum ,

    selamat hari raya , salam lebaran dari kak jun , kemat .

    Berhati-hati balik beraya tu nanti lah yea . Jauh tu kalau kak jun nak pi mengantar sedulang juadah pagi raya , jadi kak jun makan-kan bagi pihak kemat bleh lah yea ..

    Jua, kak jun mohon ampun dan maaf , lahir batin , dunia dan akhirat jua ..

    jaga diri dan jaga kesihatan sepanjang bercuti raya . Salam untuk keluarga semua.

    BalasPadam
  17. Waa, menariknya rumah dalam taman!

    Selamat Hari Raya juga untuk Kemat, maaf zahir batin.

    Salam.

    BalasPadam
  18. slamat hari raya .

    maaf fizikal & mental. ahaks

    BalasPadam
  19. si kenit:
    selamat hari raya

    lan rambai:
    umah aku belakang sek teknik sg buloh, masuk ikut sek ren sg plong, umah pertama sebelah kubur

    orochi:
    sekarang dah kurang ckit jammed, jln baru dah nak siap

    zwitt:
    kalu inspektor aleeza yg kasi surat cinta ikut gak

    sleppless in gelugoq:
    salam aidfitri

    cikin:
    ajak hubby mai singgah la

    maniq kayangan:
    yer, Baling macam2 ader

    sunan jati:
    salam aidilfitri juga

    BalasPadam
  20. akirasuri:
    salam aidilfitri

    paqlee:
    balik le wok..

    arianaadrizal:
    kirim salam kat abg awak nnti.

    13may:
    baling kat sebelah kupang, kg jerai

    mazudi:
    ye baling itu di negeri kedah

    ise:
    saya nak pos tadi, tapi posmen dah cuti..thn depan saya kasi..err..gambar hang tak kluar paper ke utk slot salam dr perantauan

    hayad:
    amacam, x teringin ker nak pasang kat umah

    bp:
    salam aidilfitri. sesama lah kita saling memaafi

    benngong:
    aku tak lupa kawan

    jun:
    salam aidilfitri

    bungarampai:
    rumah dalam taman idaman org tua saya

    esis:
    salam eidfitri

    azharahmad:
    selamat hari raya

    BalasPadam
  21. Dah balik raya?AMboi syoknya berhariraya dikampung halaman rite?

    BalasPadam