Jumaat, September 01, 2006

Malam merdeka itu

Malam itu
Tika jam tepat angka 12
Pada 31 Ogos 1957
Di Padang Hilir Negeri Melaka
Tanah Melayu merdeka
Buat kali pertama

Malam itu
Tika jam tepat angka 12
Pada 31 Ogos 2006
Di Dataran Merdeka Wilayah Kota
Malaysia merdeka
Buat kali ke 49

Malam itu
Selepas jam melepasi angka 12
Pada 31 Ogos 2006
Di hotel murah pinggiran kota
Sekembali dari Dataran Merdeka
Gadis itu "dimerdekakan"
Buat kali pertama
Pada ulangtahun kelahirannya ke 18
Oleh mat2 rempit
Yang bertatu di lengan berparut di muka

Malam itu
Tika jam melepasi angka 12
Pada 31 Ogos tahun2 mendatang
Akan berulang lagi
Kisah anak dara "dimerdekakan"
Jika tiada yang mengambil pengajaran
Kemerdekaan untuk dipertahankan
Bukan untuk dicemarkan
Dengan budaya dan anasir luar yang negatif
Yang sekian lama menjajah pemikiran

14 ulasan:

  1. Merdeka2x...
    Merdeka la kiter dari perkara buruk pindahla ke perkara yang baik dan smbhyg taubat la slalu... hehehhe!

    BalasPadam
  2. upacara pembaptisan mungkin..huhu.

    BalasPadam
  3. 2008 merdeka dalam bulan posa.... kalau ada jugak konsert haramjadah semua ni.. aku tak tahu lahhh

    BalasPadam
  4. Anak2 merdeka sendiri yang mencemar kemerdekaan itu...

    ps:
    malam itu
    tika jam tepat angka 12
    pada 31 ogos 2006
    dengan nyenyaknya aku tertido...hehehe....

    BalasPadam
  5. merdeka yg mereka faham itu melampaui segala batasan....

    BalasPadam
  6. Akan adakah sambutan kemerdekaan kali ke-2 seperti di Padang Hilir, Melaka tu.

    Sekali Merdeka, tak semestinya sampai bila bila kita merdeka.

    BalasPadam
  7. apakah sebenarnya makna merdeka ye..

    BalasPadam
  8. Merdeka!Merdeka! Peace brader

    BalasPadam
  9. nak komen apa? merdeka tgk tv cite korea tae guk ki...best...sedihhh...
    "renung seketika"..itula yg aku buat..renung tv selama 2 jam

    BalasPadam
  10. aku merdeka kat umah je..
    tak kuase aku nk 'memerdekan' diri aku...

    BalasPadam
  11. huhuhu.. setiap tahun begitulah pesta merdeka.. kat mana2 saja sama.. mungkin itu pengertian merdeka bagi mereka...!!

    BalasPadam
  12. sunan jati:
    merdeka dan berhijarah

    neeziee:
    pembaptisan anak melayu..sadisnya

    lan rambai:
    merdeka 2008 sambut ngan Qiyamullai

    13may:
    seronok tido time org lain dok tunggu Mawi nyanyi kat tv

    zwitt:
    merdeka cara penjajah tu

    mazudi:
    ya..sekali merdeka tak selamanya merdeka

    sikenit amin bakish:
    nanti aku check dalam kamus

    aku bukan bidadari:
    salam merdeka

    benggong:
    salam merdeka bro

    dong:
    naik la rating citer tu

    cikin:
    kamu dah merdeka bila konvo itu ari..merdeka dari dunia U

    maniq kayangan:
    perlu ke pesta sebegini diteruskan

    BalasPadam
  13. Merdeka kah anak bangsa kita, walaupun rambutnya perang, hidung bertindik, dan miskin (nak beli baju pun bley beli baju kecik. Tu yang nampak pusat tu).

    BalasPadam