Isnin, Ogos 21, 2006

Selamat Pengantin Baru

Kul 8 malam. Depan tv 21 inci. Kat umah kamu. Sari berita utama. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..

Ku 9 malam. Kat kedai makan terapung tepi longkang besar. Sambil amik order, sempat juga akak itu bercerita. Katanya. "Ada tgk tv. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla.."

Kul 12 malam. Depan tv 21 inci. Kat umah kamu.Sari berita utama. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..

Kul 8 pagi. Keesokan hari. Kat warung Tijah. Ada kopi panas dan roti canai separuh berminyak. Muka depan akhbar arus perdana. Dalam bahasa Melayu, juga yg ditulis dalam bahasa omputeh. Gambar Ct & Datuk K. Besar. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..

Kat Blog aku. Tiada gambar Ct. Apatah lagi Datuk K. Tapi cerita masih sama. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..

Emosi kamu. Menangis kesedihan kerana Datuk K berjaya mengahwini Ct atau kegembiraan kerana 2 hati telah disatukan.

Kamu perempuan aku tak pasti. Emosi kamu sukar dimengerti. Lelaki mudah saja. Mereka mengambil iktibar dari setiap peristiwa. Mulai hari ini, lelaki kian mengerti. Jika mereka berusaha bersungguh2 dalam kerjaya sehingga mendapat title Dato', mereka berupaya mengikuti jejak Datuk K. Suatu hari nanti. Datuk K. Kamu idola kami.

Selamat Pengantin Baru. Kamu pasti mudah ingat. Setiap kali sambutan Israk Mikraj adalah ulangtahun perkahwinan kamu.

12 ulasan:

  1. kemat. ko tak menjawab soalan nih.:P. dapat surat aku tak? :)


    dhani a.k.a faisal
    www.bilik.blogspot.com
    www.goblog2006.blogdrive.com

    BalasPadam
  2. Hmm.. kemat dah sihat???
    heheheee

    BalasPadam
  3. ekekke..napa emosi aku biasa jer..??hehe..

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaOgos 22, 2006

    kalau sumenya nakkan pangkat Datuk jadi perlu ada ramailah Siti ye... hehehe.. tapi aku tak suke glamer.. ahaks

    BalasPadam
  5. huhu takziah kepada kamu... hehe

    BalasPadam
  6. biarlah mereka berbahagia.biarlah dato'K membuktikan kemenangannya.Kamu cari CT yg lain k...

    BalasPadam
  7. bini aku tak bagi aku terima pangkat datuk lahhhhh

    BalasPadam
  8. Tanpa NamaOgos 22, 2006

    busan arr nk dgr citer psl ct nih.. geli arr.. (huhuhu...jahatnyer aku.. :p)

    erk bro kemat, xsumer la pompuan mengejar lelaki berharta & berpangkat...

    BalasPadam
  9. Tanpa NamaOgos 22, 2006

    semoga berbahagia.

    BalasPadam
  10. kemat?liepan?wahaha.tambah lagi sorang pembaca dari penang.satu geng ngan pegawaikhalwat ker?

    BalasPadam
  11. Datuk kemat?? erm..sesuai juga jadi datuk k.. Semoga bertemu CT yg lain..sabar yerrr

    BalasPadam
  12. dhani:
    nie aku jawab. Dengar betul2. Dah dapat & tima kasih.

    Aku bukan bidadari:
    ya, saya dah sihat. Fizikal. Mental lum lagi kot.

    Maniq Kayangan:
    Mungkin kerana kamu sudah beristeri.

    Sikenit comel amin bakish:
    kita tak suka glamer bila kita dah glamer. tapi sering nak merasa glmaer kita kita tiada apa

    esis:
    aku dah terima seadanya

    zwitter:
    ader lagi CT lain utk aku??hahha

    lan rambai:
    kita jadi datuk pada cucu udahler lan

    cikin:
    tapi kalu dapat yg berharta dan berpangkat saper nak tolak plak kan..

    neeziee:
    kamu ucap selamat untuk aku atau Ct

    semut:
    aku cuma perantauan di penang. salam kenalan.

    BalasPadam