Sabtu, Ogos 26, 2006

Mari Menderma

Seawal pagi aku dah disapa amoi cina kat tpt kje. " En Kemat, U tak mau derma dara ker". "Oiitt..bukan dara la... darah". Ya, hari ini. Kat tempat kje kami ade kempen menderma darah. Doktor, misi dan kakitangan Hospital Besar Pulau Pinang datang bersama jarum2 dan bekas beg kosong untuk diisi cecair merah dari mereka yg bekerja di sini.

Aku dah lamer menyimpan hasrat nak menderma darah. Tapi malas nak ke hospital untuk menunaikan impian murni itu. Bila mereka sudah ke mari, maka kami ramai2 menjayakan kempen dan misi mengisi tabung darah itu.
Ini kali pertama. Sebelum nie pernah aku cuba menyertai kempen sebegini tapi niat itu terhalang oleh beberapa perkara atas faktor kesihatan. Malah, tika aku mengisi borang, ramai sudah mentertawakan aku. "En Kemat, kamu nak derma darah ker nak minta tambah darah nie". Hahaha. Keadaan fizikal aku yg kecil sentiasa jadi bahan gurauan. Nasib aku melepasi tahap minima timbanagan badan. 45kg. Itulah berat aku. Berat minima untuk kamu jadi penderma cecair merah.
Seronok, teruja dan bangga. Bila melihat catatan pada buku kecil rekod pendermaan darah. Aku kini dah jadi penderma. Biarpun hanya 300ml sedangkan merka yang lain menyumbangkan 450ml. Tapi atas faktor ringannya badan aku, jumlah yang diambil dikurangkan.
Suasana dalam bilik itu gamat dan bising. Dengan usikan mereka yang dah menderma, jua alasan bagi mereka yang belum mencuba. Sekurang2nya ia tidak memberikan tekanan. Malah keceriaan dan kepuasan. Pada penderma jua nurse2 cun yang setia melayan "pesakit" seperti kami.
Ini baru permulaan. Moga ia berterusan untuk kami jadi penderma tegar. Biarpun sedikit cuma darah yang diambil. Mungkin ia mampu menyelamatkan satu nyawa dan memberi harapan pada yg lain suatu hari nanti. Hari ini, kami bangga jadi anak2 pasca merdeka yang berbakti pada negaranya. Ayuh.. dari kamu biarkan diri kamu disuntik dengan jarum dilorong2 belakang yg gelap itu, lebih baik kamu benarkan diri kamu ditusuk jarum untuk sejumlah darah pada tujuan yg murni. Apa lagi. Jom menderma.

12 ulasan:

  1. syabas...teringin nak derma, tp takutnya....

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaOgos 27, 2006

    Hahaha...caya lah En. Kemat dapat jgk derma dare!!! berkat makan char kuey teow... eh macam mana tah eja dia... dapat tak no tepon nurse tue...hehehe

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaOgos 28, 2006

    Baguih bebenor la en. kemat nih..hmm..sy pun xtau darah saya jenis apa...

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaOgos 28, 2006

    erk..bukan saya taknak derma darah.. tp sy ni krg berani... heheh.. :D

    *saya darah 0.

    BalasPadam
  5. Wah kemat! bagusnya..nanti kalau nak mengorat gadis2 bw buku tu ya..dan tunjukkan pada mereka betapa kemat gagah perkasa .. :D susah nak cari lelaki seberani kemat.. (BODEK NI) hehehee

    BalasPadam
  6. sempoi la brader!!!!
    tapi aku sendiri pun tak pernah derma darah....takut wooo cucuk jarum dlm badan....ngeri...ngeri....

    BalasPadam
  7. Tanpa NamaOgos 28, 2006

    kalau dia nak sedut darah kat ponggong...

    aku rela XD

    BalasPadam
  8. Tahniah!
    Darah lipan tu ... berbisa ;)
    Gurau deh ...

    BalasPadam
  9. wei.. makan lah lebih sikit wei... anak dara tak suka dgn jantan 45 kg hahaha

    BalasPadam
  10. zwitterion:
    cuba la sekali..pasti lepaih tu rase nak derma lagi

    mengkarung:
    nurse tu kasi no tipon bapak dia..dia pesan kalu berkenan baik call bapak dia bgtau nak masuk minang..heheh

    damya:
    inilah masanya utk kamu pegi check

    cikin:
    ajak "hubby" samer mesti astu jd berani..

    aku bukan bidadari:
    mari2..promosi En Kemat ckit..haha

    13may:
    try dulu..sakit ckit jer..kalu dapat nurse yg cun langsung kamu tak raser sakit..

    neeziee:
    boleh cuba gak style tu

    bunga rampai:
    darah liepan tak bisa tapi berkhasiat..

    lan rambai:
    camner nak tambah berat?

    BalasPadam
  11. tahniah kemat dah derma dara...

    BalasPadam
  12. dong:
    kamu bila lagi..nak derma dara

    BalasPadam