Khamis, April 13, 2006

Resah Malam Menanti Siang

Malam ini
Aku seharusnya tidur awal
Tapi malam ini
Tidur itu
Bukan lagi seakan hobiku

Malam ini
Aku seharusnya tenangkan fikiran
Tapi malam ini
Aku masih berjaga
Cuba mencari 1000 persoalan
Yang bakal dilemparkan

Malam ini
Tidak seperti malam sebelumnya
Biar warna gelapnya tiada berbeza
Biar sejuk dinginnya tetap serupa
Biar sepinya masih yang sama

Resah malam ini
Menanti esoknya siang
Kerna ada soalan yang perlu dijawab
Ada jawapan yang perlu dijelaskan
Ada penjelasan yang perlu diberikan

Esok..
Antara Tuah atau Jebat
Antara Mr Jekyll atau En Hyde
Salah satu watak2 ini
Akan mewakili diriku nanti
Mungkin juga sebahagian darinya
Atau kesemuanya menunjukkan rupa
Pada sebuah pertanyaan
Tentang amanah yang tak disempurnakan

Sesungguhnya..
Malam ini amat meresahkan
Bila mengenangkan esok hari
Yang belum tentu menjanjikan kegembiraan
Kerna yang tergambar hanyalah kecelaruan

Betapa resahnya malam
Menanti bila lagi nak siang...

5 ulasan:

  1. Tanpa NamaApril 17, 2006

    resah haper lak nih>udah solat ker lom nih??

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaApril 17, 2006

    ala..apa susah ckp 'i lap u' je kat sapa2 yg patut...

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaApril 17, 2006

    apa cite kat bumi eropah? ???

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaApril 17, 2006

    nice entri...xde tagboard ke?

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaApril 18, 2006

    kemat aku dah wat tutorial shoutbox.masuk geng timun

    BalasPadam